Posts

Showing posts from September, 2015

Comelnya Anak Kedua Aeril Zafril - Wawa Zainal

Image
Buat pertama kalinya pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah mendedahkan wajah anak kedua mereka, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa. Menerusi akaun Instagram aktor tersebut, Aeril telah memuatnaik sekeping foto anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar sedang tersenyum sambil menghisap botol susu bersebelahan adiknya dengan kapsyen berbunyi: “Hilang penat bila menatap wajahnya...”  tulis Aeril. Sebaik sahaja foto itu dimuatnaik pada Isnin, rata-rata peminat memberikan komen bahawa rupa comel Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa itu kelihatan seperti ibunya, Wawa Zainal. Selain memuji wajah Hayla, peminat juga kagum dengan nama unik yang diberikan kepada bayi tersebut. Terdahulu, anak kedua pasangan itu telah dilahirkan pada 18 ogos lalu.

Rani Kulup Bakal Muncul Dengan Single `Kipidap`, Duet Bersama Radhi OAG

Image
Aktivis terkenal Rani Kulup yang sering muncul dengan tagline unik, `Kipidap` dan `Dongibab` bakal menceburi dunia nyanyian apabila muncul dengan single pertamanya, `Kipidap`. Dikenali ramai kerana sering tampil berpakaian seragam dan sering membuat laporan polis dalam pelbagai isu, Rani Kulup akan berduet bersama Neves Pretty Ugly dan Radhi OAG untuk lagu pertamanya itu. Lagu itu digubah bersama oleh Neves dan Amad Karyawan dengan konsep Poppish dan akan hadir dengan irama yang `catchy`. Single tersebut juga akan diiringi dengan instrumen gitar, bass, dram, keyboard, akordian dan ukulele oleh kumpulan iringan The Cekelat Cedap. Sementara liriknya lebih bersifat motivasi dan mengajak masyarakat bergerak untuk lebih maju. CD single tersebut akan dijual dalam bentuk pakej bersama komik, juga bertajuk “Kipidap”, yang mana Rani Kulup diangkat sebagai hero. Populariti Rani Kulup sebelum ini telah digunakan dalam Super Spontan All Stars, di mana tagline miliknya iaitu Kipidap

Preloved Party by @scarf_station

Image
Salam semua. hokay today abg nak ajak siapa2 ada baju-baju, seluar lama-lama itu kan boleh sertai jualan preloved kami. Jangan buang. rugi tau. tak dapat apa-apa pun. Sewa dia rm 10 sahaja satu hari. antara benefits sertai perloved party ini adalah salah satu untuk cara kita menderma jugak. Berkongsi apa yang patut, Bina silaturahim antara peniaga jugak dan jugak customer. Tapi diingatkan basuh la dulu baju-baju awk tu sebelum nak jual. Jangan busuk-busuk ye. kang ada yang kena carut pulak.hikhikhik. Lokasi di : Di butik @scarf_station beralamat A-3A-1 jalan serai wangi f16/f seksyen 16 alam avenue. Tarikh  31/10 - 1/11 (2015)  2 days Sewa RM 10 untuk satu hari anything boleh whatsapp sy ye 017 632 9178 #scarfstation #preloved #prelovedparty

Minuman Percuma Di @Scarf_Station

Image
Hai semua. Okay by this week pada 19 September 2015 pihak @scarf_station nak bagi minuman free pada customer kami. Kedai kami buka seawal 11 pagi ye. 30 cups akan diberikan pada siapa yang datang dulu ye. yang datang lambat tu korang pandai-pandai la bayar RM 3 kan size dia 22oz. Lokasi kedai kami di A-3A-1 Jalan Serai Wangi F16/F Seksyen 16 Shah Alam. Perisa yang ada sekarang ni - Choc - Strawberry - Choc + Straw - Kopi - Teh Korang boleh waze : Scarf Station

5 TIPS AJAR BAYI CEPAT BERCAKAP

Image
1. Rajin bercakap, membaca, menyanyi dan bermain dengan bayi. 2. Rajin melayannya berinteraksi, jadi bayi ada perasaan ingin tahu dan bertindak balas. 3. Berbual tentang nama mainannya dan apa sahaja objek di sekitar rumah. 4. Bercakap dengan perlahan dan jelas & jgn lupa puji percubaan anak utk bercakap. 5. Hadkan waktu menonton TV. Lebih baik banyakkan membaca dgn anak.

Farah AF2 Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua

Image
Bekas bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Farah Diana Anuar telah selamat melahirkan anak keduanya, iaitu seorang bayi perempuan pada pagi semalam. Bayi perempuan dengan berat 3.45 kilogram itu telah dilahirkan secara normal sekitar jam 9.31 pagi di Island Hospital, Pulau Pinang. Ini adalah anak perempuan kedua hasil perkongsian hidup Farah dengan suaminya, Johan Johari yang dikahwini sejak 15 Julai 2011. Anak pertama mereka, Elsa Johan telah dilahirkan pada 15 Ogos 2012. Menurut Farah dia bersyukur semuanya selamat walaupun terpaksa berdepan dengan beberapa hal tak terduga ketika proses bersalin. Tambah Farah, nama anak keduanya itu belum diberikan lagi dan mungkin pada hari ketujuh barulah dia dan suaminya memberi nama kepada bayi tersebut. Antara rakan selebriti yang telah pun melawat Farah dan bayinya itu ialah Marsha Milan Londoh. Farah yang terkenal dengan trademark ‘Breep Breep’ adalah pemenang tempat keempat AF2 dan kemudiannya mencipta nama sebagai

Percutian Di Penang Honeymoon (Part 1)

Image
Okay this time abang nk cerita pasal vacation kitaorang masa lepas mula-mula kahwin dulu. Tahun ini jugak la bercuti kat Penang u. Lepas benikah terus berlari untuk honeymoon. Gelojoh la kata kan. Darah muda berkahwin. Semua nye gelojoh. Okay my wife la yang rancang honeymoon ini. Okay bermula mula-mula kami bertolak dari Rawang. Day 1 di Penang Terus pergi ke Penang. Masa tu my wife booking through online la semua bilik kan. memang murah seingat abang la kan sewa dia sehari dalam rm 100 ringgit ke bawah macam itu. Sampai penang dah malam macam itu. Kami tido di GerogeTown Hotel. Sini yang payah dia parking. Nahorom sangt. Parking sikit gila. Dalam 10 parking lots je. malam itu kami parking kat KFC. Di galak kan parking di KFC old school itu ye. Malam tu phisang jugak la tau. Baca-baca blog semua ada la idea cket nk pergi mana,Bajet2 nk jalan kaki round -round bandar Penang nk cari makanan kan. Tapi perhatian ye memang payah nk cari gerai melayu kat sna. Sumpah payah la.

Motif Abby Abadi Kirim Mesej Berbaur Lucah Pada Suami Di Instagram?

Image
Aktres dan penyanyi Abby Abadi telah memuatnaik foto beserta kapsyen yang berbunyi agak intim kepada suaminya di laman Instagram (IG) miliknya baru-baru ini. Tindakan Abby itu dilakukannya ketika dia membalas komen yang diberikan suaminya di IG. Terdahulu, suami Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria telah memuat naik foto mereka bersama beserta kapsyen bertulis: "Isteri adalah Amanah ALLAH yang perlu dijaga dengan baik, isteri bukannya untuk dibebani dengan masalah, isteri bukannya tempat kita melepas marah, isteri bukannya tempat kita pukul, isteri bukannya tempat kita beban dengan kerja-kerja dirumah.....sebenarnya isteri adalah insan yang perlu kita kasihi sepenuh jiwa, temani isteri setiap masa, jadilah pendengar yang setia, sentiasa ada bila ia memerlukan, jadikan bahu sebagai tempat air matanya mengalir. Sayangi ia sepenuh hati. "Disaat kita memarahinya, ingatlah disaat kita merayu ketika awal-awal perkenalan, disaat kita rasa ingin meninggalkannya, ingatlah

Review Iphone6s yang bakal Keluar

Image
Antara fungsi terbaru yang di perkenal kan oleh Apple ialah: Generasi Multi-Touch. IPhone asal memperkenalkan dunia kepada Multi-Touch, selama-lamanya mengubah cara teknologi orang pengalaman. Dengan 3D Touch, anda boleh melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia merasakan betapa anda menekan paparan, membiarkan anda melakukan semua jenis perkara penting dengan lebih cepat dan mudah. Dan ia memberi anda maklum balas masa nyata dalam bentuk paip halus dari enjin Taptic yang serba baru. Kira nya macam ini la. korang tekan lama-lama dekat satu gambar tu kan dia akan paparkan screen lagi besar agar korang lebih mudah hendak tengok dan stalk ex2 korang kan sambil menangis.  kalau korang hendak lebih faham boleh tengok video di bawah ini, Kamera Gambar 12MP. Video 4K . Kamera yang paling popular di dunia adalah lebih maju berbanding sebelum ini. 12-megapixel iSight kamera menangkap tajam, gambar terperinci. Ia mengambil video 4K ce