Posts

Showing posts from April, 2016

Aiskrim Tempurung Now Available at Scarf Station RM 2.50 !!!!

Image
Salam semua Okay sekarang #asikrimtempurung sudah ada di butik kami. dengan harga pengenalan rm 5 sahaja. tapi2 pada 1 May 2016 ada promotion kaw2 la. setengah hari weyhh. sempena hari buruh kan. nk la jugak bagi korang berehat sambil makan aiskrim kan. Apa yang ada Bila anda Bayar rm 2.50 pada 1 May?? Okay 4 scoops aiskrim. ada 4 perisa. Coconut (paling sedap) Vanilla Choc Peppermint Choc Ada 2 toppings + Inti kelapa. Berbaloi kan. Jemput Datang ye. kedai dibuka 11am - 9Malam. waze scarf scarf Boutique Blh ws 017 632 9178 Berminat Untuk Sertai BUTIK VENDOR kami Instagram: (@scarf_station) boleh ws 017 632 9178

Bercuti di bayou lagoon park resort

Image
Salam semua.  Today abg nk kongsikan baout my vacation with my ciinta hati Far liza dan Sophea. Kamt mana destinasi kami kali ni?? Bayou lagoon park resort Trip this time adalah family day JB consultant dimana tempat kerja abg baru, 2 hari 1 malam cuma Rm 100 sahaja. Theme park masuk free semua. Lokasi dia terletak di melaka. Dekat je dengan Shah alam pun. Kami sampai dalam pkul 2.30petang mcm tu. parking penuh. kena parking belakang. Check in pkul 3 petang. dapat masuk bilik terus kami berdengkur dulu dan pijak2 katil. sophea yak masa mengambil gambar Setelah selesai mengambil gambar kami pun turun ke bawah. nak mandi2 semua.  Harga ticket untuk dewasa rm 28 la ye. mahal tak mahal. tapi okay la bagi kami. View wajib ambek gambar bersama sophea kena campak oleh ibu nye boleh pulak di tido masa rendam kan dia.hehe Selain pool yang besar2 hotel ada jugak tempat main game dan gym la. Makan Malam Di Berkat Salam R

Kisah Jutawan 'Jelita' Ini Buang Payudara Untuk Kembali ke Pangkal Jalan Jadi Viral

Image
Mungkin anda pernah mendengar nama Safiey Illias, seorang usahawan muda yang sangat berjaya di dalam bisnes sehingga menjadi jutawan di usia muda. Namun ramai juga yang tidak tahu, dia sebenarnya seorang 'Mak Nyah'. Tapi semua itu dulu. Kini Safiey Illias sudah kembali ke pangkal jalan dan ingin berubah menjadi normal semula. Kisah pertukaran itu dikongsi oleh Facebook  Ali Russia , seorang pendakwah. Menerusi kisah Ali Russia, difahamkan, Safiey Illias mengikuti penulisan Ali Russia di Facebook dan menghubungi pendakwah itu untuk mengambil nasihat untuk berubah ke jalan yang benar; menjadi seorang lelaki semula. Memetik dari perkongsian tersebut. Ali Russia berkata  dia bersungguh-sungguh mahu menolong adalah kerana satu kenyataan yang dibuat oleh usahawan itu. " Satu kenyataan yang membuatkan aku bersungguh sungguh untuk membantunya ialah kerana beliau telah memberitahu aku yang beliau akan menjalani pembedahan membuang implan payudaranya kerana beliau ter

"Saya Geli Tengok Isteri Saya, Tak Terurus, Bau Bawang," Luahan Ini Buat Netizen Sekolahkan Seorang Suami

Image
Hari ini tersebar di laman sosial Facebook yang dimuatnaik oleh page  Kisah Rumah Tangga  di mana mengisahkan seorang suami yang menceritakan kisah isterinya yang sering mengadu penat walaupun hanya bekerja dirumah dan isterinya tidak pandai mengurus diri sehingga dia rasa geli. berikut adalah tulisan suami berkenaan. Assalamualaikum,  nak tanya, Isteri saya asyik kata penat dan macam-macam alasan sedangkan dia hanya suri rumah dan saya yang bekerja. Saya letih-letih bawa moto, mengantuk dan hampir-hampir kemalangan tapi dia pula, bila saya balik dia yang cakap penat, saya tengok Facebook banyak je dia pos itu ini, gambar makanan la dan macam-macam. Saya rasa pening memikirnya bila saya ajak bersama dia kata tak larat, nanti saya kahwin lagi satu dia marah pula. Dia setakat jaga rumah dan anak-anak je yang semua tiga orang, seorang tiga tahun, seorang 2 tahun dan seorang enam bulan. Bengang pun ada bila malam dia terus je tidur, saya ni dia tidak layan ke apa ke, bila esok saya pergi

Berkelah di Taman Botani Negara Shah Alam

Image
Pada hari minggu yang lalu kami sekeluarga pergi bercuti di Taman Botani. Selama 5 tahun di Shah Alam abg dan orang rumah tak pernah jejakkn kaki kesana. Pagi- pagi lagi kami dah bertolak, dengan khidmat waze kami teleah bukit cerakah. Last2 ntah sampai mana ntah. abg terpaksa patah balik. rupanye kena waze Taman Botani Shah Alam. Baru la dapat. Setibenye di sana kami kena bayar parking rm 3 Dan masuk pulak ke bayar rm 3 seorang. so kami 2 orang rm 6. kalau nk masuk Rumah Iklim pulak kena  bayar lagi rm 3 seorang. Naik bus free sahaja. Naik la apa lagi dik kau tunggu2. kalau naik basikal aku tk tahu, malas aku nak naik basikal. dengan bawak baby lagi. tk pasal2 peha berlaga2 bila kayuh.sakit. Ni la rupa bas nye. berangin2 je. Naik bus dengan blur2 nye.ntah kemana dia nk bawak aku, tapi mcm biasa tenang je. orang rumah dah takut2 kan. last2 dia berhenti kat rumah Iklim. Tengok la peta dulu kan. dengan harapan nk pergi semua tempat Dah tengok2 peta kami pown bers

“Saya Akan Memberikan Kenyataan Balas Berkaitan Isu ini Apabila Balik ke Malaysia” — Fizo

Image
KUALA LUMPUR, 5 Apr:  Suami kepada pengusaha tudung Fareeda, Fizo Omar akan memberi penjelasan mengenai penyebaran video pelanggan yang sanggup bersesak di premis jenama itu yang mendapat kritikan ramai baru-baru ini. BH Online  melaporkan, Fizo berkata dia dan isteri perlu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ulasan lanjut berhubung insiden tersebut. " Saya akan memberikan kenyataan balas berkaitan isu ini apabila balik ke Malaysia. Apapun ia membabitkan pihak Fareeda dan isteri saya sendiri, jadi kami kena berbincang dulu. " Setakat ini saya belum mengeluarkan sebarang kenyataan, termasuk di laman sosial . "Insya-Allah, saya rasa ada jalan penyelesaian untuk perkara berbangkit ini. Mungkin ia terus menjadi viral kerana ada pihak yang pantas masuk campur sekalipun tak tahu perkara sebenar yang terjadi ," katanya menerusi aplikasi Whatsapp. Fizo yang kini berada di Shanghai, China berkata dia melihat isu dikecam dan dikritik dalam dunia perniagaan a