Percutian Di Penang Honeymoon (Part 1)

Okay this time abang nk cerita pasal vacation kitaorang masa lepas mula-mula kahwin dulu. Tahun ini jugak la bercuti kat Penang u. Lepas benikah terus berlari untuk honeymoon. Gelojoh la kata kan. Darah muda berkahwin. Semua nye gelojoh. Okay my wife la yang rancang honeymoon ini.

Okay bermula mula-mula kami bertolak dari Rawang.

Day 1 di Penang

Terus pergi ke Penang. Masa tu my wife booking through online la semua bilik kan. memang murah seingat abang la kan sewa dia sehari dalam rm 100 ringgit ke bawah macam itu. Sampai penang dah malam macam itu.

Kami tido di GerogeTown Hotel. Sini yang payah dia parking. Nahorom sangt. Parking sikit gila. Dalam 10 parking lots je. malam itu kami parking kat KFC. Di galak kan parking di KFC old school itu ye.



Malam tu phisang jugak la tau. Baca-baca blog semua ada la idea cket nk pergi mana,Bajet2 nk jalan kaki round -round bandar Penang nk cari makanan kan. Tapi perhatian ye memang payah nk cari gerai melayu kat sna. Sumpah payah la. Kami dah berjalan dekat 500 meter macam itu tk jumpa-jumpa kedai makanan. Last- last patah balik.

Naik kereta round - round la kat sna. Jumpa la Pasembur Padang Kota kan. Meriah la jgak tempat tu.
Macam- macam benda boleh pilih

Bini pown teruja la tengok pelbagai fish2 ball yang dia tk pernah nampak kn. Telur sebijik di goreng nye. Selepas selesai shopping barang-barang berkenaan depa pown potong-potong tabur kuah nikmat diorang tu. 



Sedap la makan-makan semua. Last- last masa nk bayar tanya berapa ni?*loghat penang (kowt2 la dapat murah kan. Tup-tup kena RM 28. abang macam biasa keluar duit dengan macho nye. dalam hati celaka betul. Mahal nak mampos. 

Dalam kereta abang menyumpah je. Sabar je la dik. Nasib baik bini ada kat sebelah cool down kan abang. 

Day 2 Di penang

Pagi - pagi bangun kemas- kemas barang check- out terus. Kitrang check-in kat Tune Hotel la pulak kali ni. 3 bintang diberi oleh kami sepasang suami isteri yang bahagia. Not bad la. murah kan. Tapi2 parking susah nk cari area sana. Sama seperti  hotel pertama jugak. Parking seberang sna.

Hotel Tepi Jalan

Okay dah lepas check-in semua perut sudah lapar kan. Pekena la nasi kandar sebagai sarapan kami. Kedai Pertama menjadi mangsa kami masa itu Kapitan’s Nasi Kandar.


Kedai yang terletak di tepi jalan. Corner lot giteww. Sesak itu perkara biasa. Jangan merunggut. Kang spoil mood. So enjoy je la kesesakan jalan dia kn. 

Pe yang best kat sna? Okay yang best la kat sana Nasi Kandar dalam Periuk Belanga tu kan. Keaslian dia terjaga. Umphhh. Terliur la jugak masa tulis jadah ini. Makanan untuk mata korang. Silakan Jilat jika lapar sangat.

Harga dia sepinggan RM 18++. Berbaloi ke tidak korang nilai sendiri. (MAHAL)


Abang Punye





Sabar - sabar sayang

Maaf kata nye terlampau lapar

Okay selesai sesi melantak sehingga perut berlaga2 dengan meja sudah tiba masa untuk jalan- jalan sekitar Penang la pulak derhhhh.

Destinasi kami seterusnye cari dinding -dinding yang ada basikal pastu ada lukisan semua tu kan. Mula - mula ingatkan diorang kumpul semua arts dalam satu kawasan la. umpama di shah alam itu. tpi bersepah-sepah tempat arts dia. Pastikan korang ada peta ye. Tidak berpeluh-peluh ketiak korang cari benda-benda ini.

Boleh click di sini untuk peta dia. 

Nak Tumpang






Budak Tak Sampai
Okay dah berpeluh ketiak semua kan kami pown jalan-jalan jumpa pulak ais krim kelapa kn. Nikmat dia fuhhhh.





Harga dia dalam RM 7  macam itu. Tapi memang sedap. Ada inti kelapa siap.

Okay setel semua ni ingat nak balik hotel la kan. Dah penuh. Tak lagi pergi pulak pantai pulak jalan-jalan kat sna pulak.

Pantai apa memang abang dah lupa la. Hajat nak makan ikan bakar la kat sana kn. Pantai-pantai banyak. Tk jadi sebab tak buka lagi.


Kecewa tak dapat makan ikan bakar. Kedai Masih tutup.


Dah lepas tengok-tengok pantai semua balik. malam itu kami pergi makan di Ikan Bakar. Kami makan di Nurul Ikan Bakar.

Tempat dia memang nyaman. Ala-ala kampung gitewww. Boleh la bersila bagai kan.


Meriahhh


Selesai Makan

Happy dia lepas makan

Harga semua makanan itu RM 68 macam itu. Pe benda yang kami order

1- Ikan siakap stim
2- Telur Bistik
3- Kerabu sotong
4- Sotong Tepung

Okay harga dia mahal. Sebab kami ada tempat kat Rawang makan lagi murah. RM 30 macam itu. Tapi macam biasa kan. Pikir honeymoon kan. layan kan ajew la.


Day 3 di Penang

Hari ketiga pulak kami check out dari hotel itu bergerak ke Lumut pulak. Tapi sebelum itu mari la pekena Nasi Kandar Line Clear dulu.. Tempat dia klasik. Sempit tapi ada la ruangan udara semula jadi. Tkde la panas sangat.

Warning awal-awal ehh. Kau jangan nk diva sangat ambek macam-macam. relax dan sabar. Sebab harga dia memang sumpah mahal. Harga sepinggan abang kena RM 15++ macam itu. Apa yang kami ambik ayam pastu sayur-sayur je. 



Mural ada belakang. Jalan belakang

Rasa kan



Pandangan dari Abang tentang Penang

1. Harga Makanan yang agak Mahal. Kira bercutian di Penang bukan la percutian bajet. Terlebih bajet.

2. Makanan melayu seperti masakan tengahari sukar di cari. 

3. Keadaan jalan yang sesak dan parking space yg limited. Kena jalan kaki. Bawak payung sentiasa. Elak kan pakaian seperti k-pop. Sweater bagai. Padan  muka korang mandi peluh.

4. Jangan merunggut paling penting. Kata hendak berjalan kan. Sabarrr.

Okay sekian. nanti sambung kat Pangkor pulak.bye -bye.

#scarfstation #penang #hishambuyong 

WIDELENS MURAH RM 8 SAHAJA DAN PELBAGAI GADJET MURAH FOLLOW INSTA @SCARFSTATION_GADGET




Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti Hat Yai, Krabi dan Phuket Naik Kereta Part 1

Kisah Tunku Jalil Ketika Berusia 18 Tahun

PERCUTIAN KE SABAH DAY 5 - JESSELTON POINT, PASAR FILIPINA, PANTAI TANJUNG ARU & DATARAN TODAK