Rani Kulup Bakal Muncul Dengan Single `Kipidap`, Duet Bersama Radhi OAG


Aktivis terkenal Rani Kulup yang sering muncul dengan tagline unik, `Kipidap` dan `Dongibab` bakal menceburi dunia nyanyian apabila muncul dengan single pertamanya, `Kipidap`.
Dikenali ramai kerana sering tampil berpakaian seragam dan sering membuat laporan polis dalam pelbagai isu, Rani Kulup akan berduet bersama Neves Pretty Ugly dan Radhi OAG untuk lagu pertamanya itu.
Lagu itu digubah bersama oleh Neves dan Amad Karyawan dengan konsep Poppish dan akan hadir dengan irama yang `catchy`.
Single tersebut juga akan diiringi dengan instrumen gitar, bass, dram, keyboard, akordian dan ukulele oleh kumpulan iringan The Cekelat Cedap.
Sementara liriknya lebih bersifat motivasi dan mengajak masyarakat bergerak untuk lebih maju.
CD single tersebut akan dijual dalam bentuk pakej bersama komik, juga bertajuk “Kipidap”, yang mana Rani Kulup diangkat sebagai hero.
Populariti Rani Kulup sebelum ini telah digunakan dalam Super Spontan All Stars, di mana tagline miliknya iaitu Kipidap dan Dongibab telah digunakan sebagai nama dua kumpulan yang bertanding dalam Super Spontan All Stars.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti Hat Yai, Krabi dan Phuket Naik Kereta Part 1

Kisah Tunku Jalil Ketika Berusia 18 Tahun

PERCUTIAN KE SABAH DAY 5 - JESSELTON POINT, PASAR FILIPINA, PANTAI TANJUNG ARU & DATARAN TODAK