Tunku Abdul Jalil Diusia 18 Tahun | Berdebar juga hati apabila kali pertama menemu bual seorang kerabat diraja. Namun sebagai persediaan, beberapa carian maklumat mengenai latar belakang anakanda keempat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris, ini sempat dibuat. Pertemuan yang diatur di penthouse Hotel Hyatt di Johor Bahru berlangsung dalam suasana santai dan lebih rileks. Sementelah Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail seorang yang mudah didekati. Lebih mesra dengan panggilan Jalil atau Lil di kalangan keluarganya, beliau kelihatan lebih kurus berbanding gambarnya di dalam laman-laman web. "Saya akui, sebelum ini berat badan saya pernah mencecah sehingga 86 kilogram (kg) dan atas nasihat doktor serta keinginan sendiri, saya berjaya menurunkannya hingga 50 kg. "Namun, akibat kelihatan terlalu kurus, saya menambah sedikit berat badan dan sekarang, berat saya sudah mencecah 60 kg," ...
Comments
Post a Comment