Comelnya Anak Kedua Aeril Zafril - Wawa Zainal


Buat pertama kalinya pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah mendedahkan wajah anak kedua mereka, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Menerusi akaun Instagram aktor tersebut, Aeril telah memuatnaik sekeping foto anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar sedang tersenyum sambil menghisap botol susu bersebelahan adiknya dengan kapsyen berbunyi:

“Hilang penat bila menatap wajahnya...” tulis Aeril.



Sebaik sahaja foto itu dimuatnaik pada Isnin, rata-rata peminat memberikan komen bahawa rupa comel Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa itu kelihatan seperti ibunya, Wawa Zainal.

Selain memuji wajah Hayla, peminat juga kagum dengan nama unik yang diberikan kepada bayi tersebut.

Terdahulu, anak kedua pasangan itu telah dilahirkan pada 18 ogos lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti Hat Yai, Krabi dan Phuket Naik Kereta Part 1

Kisah Tunku Jalil Ketika Berusia 18 Tahun

PERCUTIAN KE SABAH DAY 5 - JESSELTON POINT, PASAR FILIPINA, PANTAI TANJUNG ARU & DATARAN TODAK