Posts

Showing posts from October, 2015

Sufi dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2015

Image
Pelajar dari Singapura, Sufi telah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2015 (#AF2015) dalam Konsert Akhir #AF2015 yang berlangsung malam tadi. Kemenangan itu menjadikan Sufi sebagai pelajar pertama AF yang bergelar juara dari Singapura, mengatasi rekod Aisyah #AF2013 yang sebelum ini hanya layak ke peringkat Akhir #AF2013. Sufi atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid, 24, telah menewaskan saingan terdekatnya, Syamel yang pada awalnya menjadi jangkaan beberapa pihak untuk bergelar juara pada konsert akhir tersebut. Dengan kemenangan ini, Sufi telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi. Pada konsert akhir tersebut, Sufi telah menyampaikan lagu ciptaan penuh dirinya sendiri bertajuk Kisah Dua Muka serta lagu Andai Ku Bercinta Lagi nyanyian asal kumpulan Mojo. Sementara itu, Syamel yang bergelar naib juara telah memenangi hadiah berupa wang tunai bernilai RM30,000

Antara Tempat yang Best Di Cameron Highlands.

Image
Hari tu masa hari raya korban ada gi bercuti kat Cameron Higlands la kn. Dulu la kecik-kecik pernah pergi but this time pergi sebagai laki bini. Baru la romantik kn. Petik-petik teh tu sambil berpegang tangan. indah nye. okay percutian abang 3 hari 2 malam dekat Cameron highlands. All the hotel booking through online kat agonda. Kami beradu di hotel bajet je iaitu tj lodge. Hotel ini dekat tanah rata. Satu malam harga dia murah la jugak rm 80. Kelengkapan mmg teruk. TV takde. Bilik macam rumah flat. Tandas ada kat luar. Dinding bukan simen pakai kayu je.kau boleh dengar orang sebelah hoi. bayangkan kalau kau pertama kali nk honeymoon kat sna mampos la. senyap2 je dgn Tv tkde lagi. tk dapat bayangkan.lupakan la ea. kipas takde macam biasa. aircon pun tkde. aku rasa macam tk berbaloi rm 80 tu, tapi takpe la kn, pe yang best cuma senang la nk parking. Tak penuh sangat. Kedai mamak ada kat bawah je. Hari 1 Destination Summary 1- Pasar Brinchang 2- smokehouse  K

(Gambar&Video) Penduduk Gua Musang Gempar Bom Meletup Atas Jalan, Sepasang Suami Isteri Maut

Image
Dari petikan Siakap Keli Sepasang suami isteri terkorban apabila motosikal yang dinaiki tiba-tiba meletup yang dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri di Jalan Pulai, Gua Musang pagi ini. Kejadian yang berlaku kita-kira jam 9:30 pagi menggemparkan orang ramai yang sedang menjalankan aktiviti harian. Mangsa yang tinggal di Kampung Batu Papan 2 di sini dikenali sebagai Ah Mok dan isterinya, Kim Fong berusia 70-an bekerja sebagai penoreh getah. Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan. "Kejadian berlaku ketika jalan agak sunyi ketika pasangan berkenaan sedang keluar untuk sarapan pagi di kedai berhampiran." "Bom buatan sendiri itu berkenaan yang sudah dipasang pada motosikal meletup menyebabkan mayat kedua-dua mereka berkecai dan tercampak ke kawasan semak berhampiran,"  katanya. Pihak polis kini dalam siasatan lanjut dan pihak forensik daripada Kuantan telah datang untuk membantu

Calling for Vendors @scarf_station

Image
Okay salam semua anak-anak pondam-pondan . Hendak cerita cket la kan konsep vendor tu pe jadah kan.okay konsep dimana peniaga online letak kn barang di tempat kami pastu stock abis ke kan restock. akhir bulan kami bank in kan sales la. senang je kan. antar kelengkapan yang kami sediakan railing stand, railing dinding, chiller dan microwave la. kami punye butik berkonsepkan cafe dan butik, dimana terdapat jugak minuman kocak dan sebagainye. Green tea Kocak Budak kecik pown layan Legend by scarf station Aiskrim pasu Pasal marketing kami ada buat. Iklankan product korang di insta kami kn, Pastu pembelian online pun ada. kami uruskan semua. ha senang kan. korang relx je la kat umah kan tapi pada masa update dan iklan kan la jugak mengatakan product kamu ada di @scarf_station kan. tidak mana la orang nak tahu kau letak barang2 kau kat tempat abang. Antara vendor yang kami perlukan seperti: 1- Baju/blouse muslimah 2- Skirt/selua

Gaji hanya RM1800 Sebulan Tapi Masih Mampu Tanggung 3 Orang Anak? Ikuti Kisah Ini

Image
Zaman sekarang kalau gaji sebanyak RM1800 mungkin sangat tidak cukup buat tampung keluarga, lebih-lebih lagi tinggal di ibu kota ini. Harga makin lama, makin naik dan kos sara hidup pun tinggi, tapi lelaki ini mampu menanggung isteri dan 3 orang lagi anaknya dengan gaji sebanyak itu. Ketahui rahsia dan kisah bagaimana lelaki ini mampu melakukannya tanpa bantuan isteri untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarga mereka.

Review Terbaik Dari cerita Polis Evo. Wajib Tengok!

Image
Polis Evo Perhhh dari Trailer pown dah mmg terbaik enn. okay nak cerita la sket ye pasal polis evo ni. jangan risau abg tk dedahkan semua story la dalam entry ni. kang korang tak tengok pulak kn. Sinopsis Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal.