Posts

Showing posts from May, 2016

Kakak Luah Rasa Sedih Arwah Adiknya Maut Dilanggar ETS Dicerca Netizen

Image
Jitra: Kakak kepada remaja yang maut akibat dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Megat Dewa dekat sini dua hari lalu menyatakan sedih dengan tanggapan orang ramai di media sosial yang menuduh adiknya membunuh diri, sakit mental dan mempunyai masalah sosial, lapor  Bernama . Menurut Hajar Yaziz, 27, sebagai seorang kakak yang paling rapat dengan adiknya, Mohd Afendy, 20, dia lebih mengenali adiknya itu di mana beliau merupakan seorang yang taat kepada agama dan tidak pernah melawan atau meninggikan suara kepada ahli keluarga, “Sedih melihat komen netizen di Facebook cakap adik saya macam-macam sedangkan kami tahu dia macam mana. “Dia kerap melawat saya di Sungai Petani, malah menjaga saya ketika dalam pantang. Dia tidak keluar malam, suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga ," katanya ditemui di rumah ibunya di Megat Dewa, Kodiang. Menurut beliau, selepas tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, adiknya melanjutkan pelajaran di sebuah s

Wanita Cerita Saat Cemas, Bergelut Dengan Lelaki Cuba Rogolnya Di Dalam Tandas Stesen Minyak

Image
Sejak semalam menjadi viral di laman Facebook di mana seorang wanita bernama  Dhiya Srikandi Qalbu  telah memuatnaik 'screenshot' video yang mendakwa adiknya hampir menjadi mengsa rogol di dalam sebuah tandas stesen minyak. Berdasarkan pemerhatian, dalam 'screenshot'  berkenaan menunjukkan seorang wanita yang terjatuh dan seperti cuba melarikan diri. Menurut Dhiya, tujuan dia memuatnaik status berkenaan adalah untuk memberi peringatakan kepada mereka diluar sana agar lebih berhati-hati. Berikutan pos berkenaan, mangsa telah tampil menceritakan detik cemasnya yang hampir menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang berkenaan.

Rakan Artis 'Berkumpul Mengamuk' di Instagram Hafidz Roshdi

Image
3 Mei  - Rakan-rakan artis hari ini 'berkumpul' di instagram Hafidz Roshdi, yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, dengan komen menyelar tindakan pelayar Instagram yang dilihat mengeluarkan komen tidak 'enak' kepada pasangan pengantin itu. Di gambar terbaharu yang dimuat naik oleh Hafidz, dilihat beberapa selebriti seperti Michael Ang, Emma Maembong, Kamal Adli, Saharul Ridzwan mengkritik pelayar Instagram yang dilihat mengeluarkan komen yang tidak sopan di ruangan komen. Tindakan artis-artis itu mendapat pujian dari orang ramai yang juga turut mengkritik tindakan pelayar terbabit yang disifatkan melampau. Apa pun, kami ucapkan selamat pengantin baru buat Hafidz dan pasangan dan jangan endahkan komen-komen negatif yang dilemparkan. Berminat Untuk Sertai BUTIK VENDOR kami Instagram: (@scarf_station) boleh ws 017 632 9178

Gadis 22 Tahun Mati Disyaki Didera Keluarga

Image
Gadis berusia 22 tahun yang kematiannya disyaki ada usur penderaan menyebabkan polis menahan keluarganya hari ini. - Foto SHAMSUDIN HUSIN/ Harian Metro Chukai, 2 Mei:  Polis telah menahan empat sekeluarga kerana disyaki mendera seorang gadis berusia 22 tahun di Kampung Binjai yang juga dipercayai menjadi punca kematian gadis berkenaan. Harian Metro  melaporkan, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kesan gigitan pada badan selain dari mata mangsa lebam. Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, ahli keluarga yang ditahan adalah bapa gadis terbabit yang berusia 49 tahun, ibu tiri, 35, adik perempuan, 21 dan adik lelaki mangsa 14. Menurut beliau lagi, pada awalnya bapa mangsa membuat laporan kematian anaknya akibat sakit biasa. " Selepas menerima laporan dibuat bapa mangsa mengenai kematian anaknya akibat sakit biasa pada 26 April lalu, polis ke rumah bapa mangsa di Kampung Binjai dan hasil pemeriksaan polis mendapati ada unsur pender

Remaja Mati Tersalah Tekan 'Picu' Ketika Selfie

Image
Punjab, India:  Seorang lelaki berumur 15 tahun mati apabila tertembak diri sendiri ketika berselfie bersama pistol revolver .32 milik bapanya dalam kejadian pada Sabtu. Ramandeep Singh, tertembak kepalanya sendiri ketika bergaya untuk berselfie bersama adik perempuannya. Harian Metro melaporkan, Ramandeep tersilap memetik picu pistol, bukannya menekan butang kamera telefon bimbitnya. Ramandeep dibawa ke hospital sejurus kejadian namun disahkan meninggal pada Ahad. Timbalan Superintendan Polis Manoj Kumar berkata: " Kami rasa sebahagian dari kesalahan perlu diletakkan kepada bapanya kerana tidak menyimpan senjata berisinya di dalam tempat yang berkunci di dalam rumah. " Kadar kematian akibat selfie di India kini melebihi Amerika Syarikat dengan 11 kes dilaporkan tahun ini, menyebabkan Mumbai menetapkan 16 zon larangan selfie termasuk kawasan pelancongan Kota Mehrangarh di Jodphur, Rajasthan. Berminat Untuk Sertai BUTIK VENDOR kami Instagram: (@scarf_station)