Motif Abby Abadi Kirim Mesej Berbaur Lucah Pada Suami Di Instagram?



Aktres dan penyanyi Abby Abadi telah memuatnaik foto beserta kapsyen yang berbunyi agak intim kepada suaminya di laman Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.
Tindakan Abby itu dilakukannya ketika dia membalas komen yang diberikan suaminya di IG.
Terdahulu, suami Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria telah memuat naik foto mereka bersama beserta kapsyen bertulis:
"Isteri adalah Amanah ALLAH yang perlu dijaga dengan baik, isteri bukannya untuk dibebani dengan masalah, isteri bukannya tempat kita melepas marah, isteri bukannya tempat kita pukul, isteri bukannya tempat kita beban dengan kerja-kerja dirumah.....sebenarnya isteri adalah insan yang perlu kita kasihi sepenuh jiwa, temani isteri setiap masa, jadilah pendengar yang setia, sentiasa ada bila ia memerlukan, jadikan bahu sebagai tempat air matanya mengalir. Sayangi ia sepenuh hati.

"Disaat kita memarahinya, ingatlah disaat kita merayu ketika awal-awal perkenalan, disaat kita rasa ingin meninggalkannya, ingatlah dikala kita bersusah payah untuk mendekati hatinya"
#SampaiSyurga #JaiAbby .Sayang isteri @abby_abadi112 terima kasih kerna sudi menerima saya dan menjadi teman saya yang setia setiap saat”
Foto dan kapsyen tersebut kemudiannya telah dimuat naik semula (repost) oleh Abby yang kemudiannya menambah komen:
“Alolololoooo.. So suweettt!!! Terima Kasih juga buat suami @jaiezzany kerana menerima si dobokkkk ini seadanya. hehe... Dobok 'limited edition' ok hehe.. Malu dah nak ambil gambar sbb badan dah macam guni berassss .Apapun, nk pesan: Suamiku @jaiezzany jangan berangan ditempat kerja k. Balik nanti kita shopping atas katil k hehe... (Jangan bgtahu org shopping kt mana.. Nanti dorg tiru hahaha.. )”
Jika dibaca sekali imbas, pemahaman masyarakat mungkin akan menjerumus kepada perkara negatif dan berbaur lucah.
Ada juga peminat yang memberi pandangan dan pendapat sendiri kepada istilah Abby itu.
Motif Abby menulis istilah tersebut turut dipersoal.
Namun hanya Abby dan suaminya faham erti sebenar “shopping atas katil” tersebut.
Abby Abadi telah melangsungkan perkahwinan dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 yang lalu dan ini adalah perkahwinan ketiga Abby.








Comments

Popular posts from this blog

Bercuti Hat Yai, Krabi dan Phuket Naik Kereta Part 1

Kisah Tunku Jalil Ketika Berusia 18 Tahun

PERCUTIAN KE SABAH DAY 5 - JESSELTON POINT, PASAR FILIPINA, PANTAI TANJUNG ARU & DATARAN TODAK