Posts

Showing posts from November, 2015

Pak Yus Dalam Kenangan 8 Kisah Hidup Yus Jambu Yang Tak Diketahui Ramai

Image
Lewat malam semalam berita pemergian Yus Jambu atau lebih dikenali sebagai Pak Yus mula tersebar di laman sosial. Bagaikan tidak percaya namun itulah hakikatnya, allahyarham telah pun meninggal dunia dipercayai kerana sesak nafas. Pastinya Pak Yus akan sentiasa diingati dan dirindui keletahnya yang tidak jemu menghiburkan orang ramai. Berikut beberapa momen dan lawak dari beliau yang sehingga hari ini masih segar di ingatan Sinaran Pasport Kegemilangan Sekitar tahun 2001 Yus Jambu pernah mencuba nasib dalam pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan yang sebelum ini pernah melahirkan pelawak-pelawak terkenal seperti Senario dan ramai lagi. Malangnya dia tidak berjaya dalam pertandingan tersebut. Juara Raja Lawak 1 Kalahkan Zizan & Johan Tidak berputus asa, Pak Yus sekali lagi mencuba nasib dalam pertandingan Raja Lawak Astro yang buat pertama kalinya diadakan. Bersaing dengan Johan dan Zizan, Pak Yus ternyata punyai bakat tersendiri dan berjaya men

Luahan hati balu kepada arwah Harun Salim Bachik

Image
Sebelum ini,  Achey Bocey  melalui sebuah portal berita pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah menyerahkan semua  share  perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga. Bagaimanapun balu kepada arwah Harun Salim Bachik, Surianti, menyatakan perkara yang berbeza. “Hidup kami sempit dan lebih terkilan apabila kawan-kawan arwah menjauhkan diri kecuali Afdlin Shauki sahaja yang beri bantuan untuk persekolahan anak-anak saya” “Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah” “Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua  share  perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah  removed  saya dari  group  perniagaan tersebut,” ujarnya kepada  mStar Online <. Sementara itu Surianti juga menyatakan bahawa kini kehidupan mereka sekeluarga sanga

Program "The House" Dapat Kutukan dan Macian dari Netizen

Image
Petikan dari Oh Bulan Korang pernah tengok tak The House yang kini sedang ditayangkan di rangkaian television berbayar tu? Kami tak sempat nak tengok lagi. Maklum lah, sibuk kerja siang malam kan. Kalau korang nak tahu, The House mengisahkan kehidupan seharian adik beradik Emma Maembong. Ala.. macam Keeping Up With Kardashians la kaedahnya ni. Tapi ramai yang mengatakan bahawa program The House tu tak bagi faedah langsung dan penonton meluat tengok perangai gedik adik beradik Emma Maembong. Hmm.. Betul ke? Motif?? ‘Nak termuntah Hijau serta pelangi’ ‘Cerita ntah pape2. Buang waktu kite yang berharga.Jahanam..’ Pe2 cerita the house ni mmg nampak sangat berlakon dia. Mula-mula tengok sudah meluat. Harap astro tamatkan cerita ini dengan segera. Abis Screen komputer saya jadi mangsa tumbukan padu saya disebabkan terlampau geram.

Bienda Mengamuk Ibu Dikutuk??

Image
Kecewa dengan sikap juri program realiti Gegar Vaganza 2 yang disifatkan kurang ajar, penyanyi  Bienda  yang juga anak kepada Sheeda menuntut pihak juri program tersebut iaitu M. Nasir dan juga AC Mizal memohon maaf secara terbuka kepada ibunya. “Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional. Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. “Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian. Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu” “Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta,” ujarnya kepada  mStar Online . Sementara itu, Sheeda se
Image
Persembahan Siti Nordiana bersama pasangan duetnya vokalis kumpulan Kristal, Razlan menerusi lagu Memori Berkasih di konsert keempat Gegar Vaganza 2 (GV2) menjadi viral dan sebutan netizen di laman sosial. Persembahan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu sememangnya dinantikan oleh para peminatnya sejak konsert ketiga program GV2 lagi. Kemunculan Nana bersama Razlan di konsert minggu keempat bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’ itu menjadikan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) riuh buat seketika. Selain menyanyi bersama, ada di antara penonton mengalirkan air mata mungkin kerana terimbau kembali nostalgia ketika Nana menyanyikan lagu Memori Berkasih bersama vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Abdillah Murad Md. Shari atau Achik. Gandingan Nana dan Razlan pada malam Ahad lepas turut mendapat perhatian netizen dan ramai juga yang menonton persembahan mereka berulang kali. Lebih menyentuh perasaan apabila ada di antara peminat berkongsi gambar kenang-kenangan m