PERCUTIAN KE SABAH DAY 6 - JAMILAH JEWELLERY & CENTRE POINT KK

Masuk hari ke-6 nie aktiviti dah makin kurang sebab dekat KK nie bagi abang tak bnyk tempat menarik. Ingat nak bawa anak tengok penyu dekat Marine Museum tapi sampai sane tengok closed sbb tengah renovation. Jadinya wife abang ajak shopping dekat Jamilah Jewellery, 200 meter jee dari hotel abang duduk tu. Dekat Jamilah Jewellery tu kalau orang perempuan datang memang rambang mata di buatnya, ada brooch, butang baju melayu, gelang mutiara, rantai dan mcm-mcm lagi laa yang berunsurkan mutiara sabah. Harga berbeza mengikut kualiti , korang boleh minta less kalau beli bnyk. Abang tak reti sangat bab-bab nie, wife abang laa yg expert bab minta kurang. hehe

Bila dah tengahari perut pun jadi lapar, kami masuk dalam Centre Point KK cari makan. Ya ampunnn, rupanya foodcourt dekat sini femess dengan nasi ayam nya. Tapi dekat foodcourt nie, ade satu kedai makan mamak. Abang tertarik nak makan dekat kedai mamak nie sebab ade satu menu agak rare yang abang nak try, abang try Roti Canai Cobra dia. Menarik juga namanya dan sesedap rasanya. Nasi ayam tu wife abang tapau saja, dia pun nak makan roti telur pula katanya. Apa-apa pun dekat foodcourt nie banyak makanan, nak nasi campur pun ada so jangan risau kalau nak cari makan tengahari.


Penuh isi ayam dekat roti canai cobra ni, telur goreng pun ada, siap ada sayur kobis.


Roti canai cobra ni RM5.50 jer. Puas hati dengan portion yg di beri.

Dah takde arah tujuan lepas makan nie, kakak abang pula ajak check in dekat Mangellan Sutera Harbour Kota Kinabalu. Di sebabkan memang kami dah takde aktiviti, jadi kami pun okay je. Kesudahnya burn bilik dekat Yomi hotel 1 malam sebab kami check in 1 malam di Magellan. Nasib baik dalam Magellan tu ade banyak kemudahan di beri, ada swimming pool, playground kanak-kanak, snooker, bowling, dan boleh lepak dekat tepi pantai. Habiskan mase dekat Magellan jela seharian dengan infrastruktur yang di beri.




Sophea paling tak sabar nak swimming.





Order pizza seafood.

Sophea rambang mata nak main mana satu.

Dekat playground kanak-kanak.





Sophea gadis pompom.

Main boling pula lepas makan malam.

Ada court tennis.

Malam kami makan dekat hotel je, satu kepala RM50 ++ tapi kira okay laa dengan menu buffet yang di beri. Sekian untuk hari ini..







Comments

Popular posts from this blog

Bercuti Hat Yai, Krabi dan Phuket Naik Kereta Part 1

Kisah Tunku Jalil Ketika Berusia 18 Tahun

PERCUTIAN KE SABAH DAY 5 - JESSELTON POINT, PASAR FILIPINA, PANTAI TANJUNG ARU & DATARAN TODAK