PERCUTIAN KE SABAH DAY 5 - JESSELTON POINT, PASAR FILIPINA, PANTAI TANJUNG ARU & DATARAN TODAK

Pejam celik dah 5 hari abang dekat Sabah rupanya, perbelanjaan setakat ni masih dalam budget. Kalau ikut kan plan kami, hari nie sepatutnya kami ke island tapi di sebabkan receptionist hotel nasihatkan jangan pergi ke pulau buat masa sekarang sebab cuaca tidak mengizinkan dan semalam bendera merah di naikkan di pulau.

Disebabkan banyak masa, jadi kami sengaja cuba nasib untuk tengok harga tiket di Jesselton Point dan kot-kot hari ni atau esok boleh ke pulau. Tapi malangnya bila kami sampai di Jesselton Point, rupanya ramai pengunjung yang dah beli tiket tapi terkandas di jeti Jesselton Point sebab masih bendera merah lagi sejak semalam. Kami ada bertanya-tanya dengan penjaga kaunter yang jual tiket di situ, tapi rata-ratanya menasihati kami agar tidak membeli tiket pada waktu sekarang sebab mereka tidak pasti bila bendera merah akan di turunkan. Disebabkan itu kami membuat keputusan untuk membatalkan plan kami ke pulau-pulau yang kami senaraikan, agak risau juga lah sebab kami bawa anak kecil. Mungkin bukan rezeki kami, tapi tak apa sebab boleh laa kami jalan-jalan ke tempat lain.



Ini antara pamplet yg abang dpt untuk yg nak pergi ke pulau.


Lebih lanjut boleh contact number dalam tu. (iklan ni tak berbayar, abang share ape yang abg dapat je). Service abang tak pasti mcm mane sbb tak jadi pun pergi pulau.


Dapat juga laa bergambar dekat jeti Jesselton Point


Pondok telephone old school pun ada lagi dekat jeti ni.


Anak papa nak tengok fish katanya..





Dari Jesselton Point kami nak ke Pasar Filipina, tapi tak pasti dah buka ke belum sbb masa ni pukul 11 pagi. Kami redah jela, sampai-sampai je tengok memang dah buka tapi nak cari parking satu hal pulak sbb pasar ni bersebelahan dengan pasar basah. Jadi agak sesak sikit kalau nak cari parking. 2-3 kali jugak la kami pusing-pusing cari parking. Kat pasar ni ramai kanak-kanak peminta sedekah, belum turun kereta lagi dorang dah kerumun hulur tangan nak minta sedekah. Tapi kalau baik hati nak bagi sedekah tu, tolong sediakn untuk 10 orang kanak-kanak lagi yee sebab kalau korang bagi sedekah dekat sorang, 10 lagi akan datang. Jadi sebaiknya, salurkan dekat saluran yang betul. 

Dekat Pasar Filipina nie abang lupa nak ambil gambar sebab sibuk jaga anak and wife abang pun sibuk shopping ikan bilis. Dekat pasar ni boleh tawar-menawar, kalau beli banyak boleh dapat lagi murah. Sebaiknya survey dulu kedai-kedai yang ada tnya harga sebab dalam ni banyak kedai jual ikan bilis, ikan masin, kuih cincin, kuih, amplang dan lain-lain. Kalau korang beli bnyak, peniaga dekat sini boleh bungkuskan sekali barang yang korang beli dengan kotak untuk hand and carry dlm flight nnt. Jangan terkejut kalau korang nampak tanda harga dekat pack-pack yg dah di tampal sampai puluh-puluh ringgit. Sebenarnya tu harga untuk pengunjung dari luar malaysia, harga untuk pengunjung dlm malaysia lebih murah. 

Lepas shopping dekat Pasar Filipina, kami ke Pantai Tanjung Aru pula dan kebetulan di sana kami nak jumpa kakak dan abang ipar yang bekerja di KK. Di sana kami makan di gerai di tepi pantai, harganya agak mahal tapi rasanya not bad laaa. ABC tower juga ada di jual disini, tapi harganya agak mahal. Macam tak berbaloi je makan berdua ABC sampai RM28, kalau korang datang 10-15 orang nak order ABC tower mungkin berbaloi juga.


Tomyam campur dekat sini RM15 satu mangkuk (hanya tomyam sahaja). Nasib baik rasanya sedapp puas hati laa dengan harga dia. Nama kedai nie abang tak ingat tapi meja kedai nie meja kayu. Pandai-pandai laa korang cari kalau datang sini.


Nie abang ambil gambar ABC tower dekat customer meja sebelah.


Dapat juga jumpa kakak dan abang ipar abang d KK nie.


Seronok anak papa paww uncle and aunty dia belon tiup.


Disebabkan masa masih awal, kami pun ke Sutera Harbour untuk tengok sunset. Dekat KK kalau pukul 6 petang dah senja, jadi pukul 6 petang tu kami dapat tengok matahari terbenam tepi pantai.


View dari sisir pantai Sutera Harbour, belakang tu nampak tak bendera merah masih di naikkan. Tandanya penyunjung tak boleh mandi di pantai sebab ombak agak kuat dan cuaca tak stabil.


Matahari sikit lagi nak tertutup dah.


Okay, makan malam pula kami makan dekat Dataran Todak berhampiran Pasar Filipina. Dekat situ banyak kedai makanan seafood korang boleh pilih. Kedai yang kami makan ni, terdapat lobster saiz yg kami nak dan pengunjung yg datang makan dekat sini agak ramai.Korang boleh survey dulu harga seafood dekat kedai-kedai yang ada sebelum korang nak makan. Tak dinafikan seafood disini jauh lebih murah dari semenanjung. Memang rata-rata pengunjung yang datang kesini wajib try makan seafood di sini. 


Kalau korang nampak binaan ni, maksudnya betul laa korang dekat Dataran Todak.


Seafood dekat sini fresh dan korang boleh timbang dulu tanya harga sebelum suruh dia orang masak. Boleh request nak masak apa yang korang nak based on menu dorang.


Semuanya sedap sangat dan puas hati. Lobster kami request belah dua dan masak lain-lain menu, satu masak butter basah and satu lagi masak telur masin. Udang masak butter kering, Ikan merah bakar sambal. Ketam nipah masak kheong sam. Total semua yang kami makan RM210, termasuk udang goreng butter kering bungkus .


Boleh licin semuanya lepas makan.

Tidur lena laaa malam nie bile perut pun dah kenyang. Aktiviti esok hari abang cerita dekat link ni ye →  http://hishambuyong.blogspot.my/2017/12/percutian-ke-sabah-day-6-jamilah.html




Comments

  1. Iron Dog Review (2019) - Titanium Dive Knife - TitaniumArts
    Iron Dog is a titanium mens rings brand new micro touch titanium trim where to buy and amazing design, made by Titha 토토사이트 and titanium watch owned by titanium dab nail Digimedia, who is also part of Digimedia. Iron Dog is based

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti Hat Yai, Krabi dan Phuket Naik Kereta Part 1

Kisah Tunku Jalil Ketika Berusia 18 Tahun