PERCUTIAN KE SABAH DAY 4 - KINABALU PARK, HOUNAN RIDGE FARMSTAY & LOKAN BAKAR TUARAN

Haii reader yang masih rajin baca blog abang sampai hari ke-4 ni. Hari ni last day abang dekat Kundasang, hari selebihnya nanti abang akan habiskan dekat Kota Kinabalu. Jadi hari nie abang akan habiskan tempat-tempat yang abang belum pergi. Pagi-pagi lagi abang dah check out lepas breakfast, alhamdulillah pagi ni tak hujan mcm hari sebelum ni.

 Pukul 9 pagi abang dah sampai dekat Kinabalu Park dan jarak hotel abang ke Kinabalu Park 1km jer. Nak masuk Kinabalu Park ni kena bayar RM3 utk seorang dewasa. Tapi di sebabkan dalam ni macam jauh je nak jalan, kami decide nak amek gambar view gunung je. Maklum laa bawa anak kecil, nak msuk laluan mcm hutan pula jadi tak rajin laaa nak bergerak. Tapi mcm-mcm ade dalam ni cuma kami malas nak explore (risau anak kena gigit nyamuk hutan).


Tiket Kinabalu Park


Port ambil gambar mountain tapi tak nampak sgt mountain.



View mountain tak jelas sebab cuaca mendung.


Lepas settle dekat Kinabalu Park kami terus ke Hounan Ridge Farmstay, Bunda Tuhan. Actually Hounan nie cume nak ambil gambar sahaja, tapi agak terkejut jugak laa bila jalan nak ke Hounan ni berlopak sana sini. Mula-mula redah jee, bila dah separuh jalan rase nak patah balik sebab takut kereta kami tak lepas. Tapi kami teruskan jugak la perjalanan sebab nampak ada kereta viva boleh lepas lalu jalan yang sama. Sampai dkat atas memang rase heaven giler sebab sejuk dengan kabusnya lagi.


Actually belakang tu mcm hotel tapi mcm dekat farm. Boleh buat barbeque juga utk yg stay sini.


Dari atas ni memang boleh tengok rumah-rumah penduduk sekitar dekat lereng-lereng.


Geng bercuti abang.

Misi seterusnya kami nak turun ke KK, tapi kami nak cari makan dulu sebelum sampai ke KK. Kami singgah ke Lokan Bakar Tuaran. Port terbaik untuk makan sebab lokan dia memang besttttt, first time kami makan lokan tapi tak mengecewakan dan nak repeat lagi. Tempat lokan bakar nie berdekatan dengan roundboard, sampai situ je berderet kedai kiri kanan kedai lokan bakar korang boleh pilih. Kami sampai dalam pukul 1 lebih so bnyak kedai belum buka dan ada yang baru buka. Kami pilih-pilih juga kedai sebab nak tengok pengunjung yang datang, kebetulan ada satu kedai ni tapi kami tak ingat namanya dan lupa ambil gambar. Seingat kami kedainya belah kanan kalau keluar dari roundboard dan kedai tu warna hijau pucuk pisang. Dapat juga lah kami try kelapa bakar tapi kami tak minat dengan rasanya sebab mcm biskut kelapa je rasa.. hehe.


Kelapa bakar sebiji memang tak dapat kami habiskan, nasib harga murah RM5.50 jer.


Lokan Bakar nie WAJIB try sebab mmg sedapp yaa amattt. Dulang kecil RM6, dulang besar RM12 jer. Abang ambil dulang besar share dengan wife abang.

Air kelapa besar gedabak nie RM5 jerr woiii. Puas hati minum masa panas-panas.


Bila dah kenyang kami pun teruskan perjalan ke hotel kami di KK, kami stay dekat Yomi Hotel betul2 dekat dengan Central Point (CP). Hotel ni abang book dekat agoda jugak 1 bulan sebelum datang, abang pilih hotel nie sebab ada breakfast dan murah harganya. Kalau nak tahu abang dapat harga satu malam RM57 inc gst (termasuk breakfast untuk 2 orang), abang pilih katil standard double. Bagi abang ini antara yang murah abang survey, dan yang penting tengah bandar dan senang cari makan. Cuma wife abang kurang puas hati dengan bau bantal dekat hotel nie, bau hapak teruk. Walaupun tiap-tiap hari minta housekeeping tukar bantal tapi bantal yang di beri tetap bau hapak mcm bau peluh yang dah lama tak di cuci. Terpaksa alas dengan kain sebelum baring, kalau tak rambut berbau. So far abang bagi 3 bintang la untuk hotel nie, dan lagi satu hotel ni takde lif dan tingkat paling atas tingkat 3. Jadi kalau nak bawa warga emas tu abang tak rekemen sebab kesian nnt nak turun naik payah. 

Sorry gambar bilik hotel memang satu pun takde sebab masing-masing keletihan. Dan sampai -sampai je kami terus mendobi baju dekat kedai dobi belakang hotel ni. Makan malam pun kami tapau je dekat kedai sekitar sini sebab malam tu hujan lebat sangat jadi kami duduk dlm bilik tengok tv jer.


Comments

Popular posts from this blog

Bercuti Hat Yai, Krabi dan Phuket Naik Kereta Part 1

Kisah Tunku Jalil Ketika Berusia 18 Tahun

PERCUTIAN KE SABAH DAY 5 - JESSELTON POINT, PASAR FILIPINA, PANTAI TANJUNG ARU & DATARAN TODAK