PERCUTIAN KE SABAH DAY 3 - SABAH TEA, TAGAL FISH & PORING HOT SPRING

Haii hari ke3 dah hari ni, macam hari sebelum ni juga, abang dan keluarga breakfast seawal 7 pagi tapi cuaca hujan juga macam semalam. Lebih kurang pukul 8 pagi hujan renyai-renyai, so kami decide nak redah je sebab perjalanan nak ke Sabah Tea tu dalam 40 minit juga dari hotel ni. Sabah Tea ni dekat kawasan Ranau tau, jadi cuaca di sana tak sejuk macam di Kundasang. Kira macam dah jadi suhu normal, so tak perlu pakai sweeter bagai. Tapi jalan nak ke Ranau ni kemain berliku dan kalau ikut belakang lori alamaknya 2 jam laa sampai kot.


Wife abang cakap nasi goreng jela boleh buat dia kenyang sampai tengahari. Tapi style orang sini, masak nasi goreng letak kacang tumbuk. Telan jela.. 


Roti bakar time hujan-hujan memang layan.


Pukul 9 pagi kami sampai dekat Sabah Tea, best juga sampai awal sebab tak ramai pengunjung lagi dan senang laa nak bergambar. Nak masuk Sabah Tea ni free tak perlu bayar, dekat sini ada juga restoran kalau ada yang nak breakfast. Nak beli souvenior pun ada dekat Sabah Tea ni , so boleh la shopping sikit-sikit kan.


Tempat wajib ambil gambar kalau datang ke Sabah Tea.



View dari restoran di Sabah Tea.


Sophea memang susah nak tengok kamera.


Boleh turun ke ladang teh kalau korang rajin.


WAJIB try tea pot nie. Banyak pilihan teh tapi kami pilih sabah tea + kopi susu tak silap. Harga murah giler RM14 sahaja, boleh minum 6 orang. Tapi sebab kami 2 orang je so amek jela sebab nak rasa, berbaloi sangat dan tak menyesal dengan portion hidangan.

Okay kami teruskan plan kami ke Tagal Fish Massage, rupanya 200 meter je dari simpang keluar Sabah Tea (sebelah-sebelah sahaja). Tiket masuk ke Tagal Fish ni RM13 untuk 2 orang dewasa termasuk handphone. Nak ambil gambar memang kena bayar untuk 1 handphone. Sebelum nak masuk dalam kawasan sungai yang ada ikan tu, ade satu pintu masuk untuk serah tiket and dekat situ ada jual makanan ikan. 20 sen je satu peket kecil makanan ikan tu, kalau tak nak beli pun tak apa.


Rase geli-geli sebab ikan-ikan ni mcm jilat2 kaki. Kalau tabur makanan lagi ikn-ikn ni kerumun.


Lama-lama rase meremang bulu roma abang, wife abang pulak pegi campak lagi makanan ikan memang bertambah la ikan yg datang. 


Lepas penat di belai dengan ikan, kami pun  nak bermandi-manda dekat Poring Hot Spring. Pastikan kalau nak datang sini, bawa baju mandi siap-siap dan makanan sebab Poring Hot Spring ni macam tempat perkelahan keluarga. Kalau masuk sekadar suka-suka rugi bayar duit tiket sahaja.

 Perjalanan dalam 20 minit dari Tagal Fish , sepanjang perjalanan cuaca nampak bagus. Tiket masuk ke Poring Hot Spring ni RM3 dewasa seorang. Sepanjang jalan kaki masuk ke hot spring tu korang akan nampak air terjun dan aliran air sungai. Kami hanya berminat mandi swimming pool yang public dan private sahaja. Bahagian air panas untuk rendam kaki terlalu ramai orang sebab kebetulan public holiday, pengunjung lebih ramai dari semalam yang kami datang.


Demi memenuhi kehendak Sophea, papa tunaikan temankan dia mandi kolam.



Sophea jenis suka mcm ni kalau mandi kolam, kalau ajak naik mesti menangis.



Lastly abang dapat jugak kolam private dekat hujung-hujung. Senang sikit nak biarkan Sophea mandi.

Selesai mandi kolam, jam pun dah pukul 4 petang so kami pun gerak balik ke hotel. Sepanjang perjalanan balik ke hotel kami singgah di Pekan Ranau untuk cari makan dulu, pusing-pusing last-last jumpa kedai makan Melayu yang halal. Hati-Hati kalau nak makan tu, tengok harga dulu sebab makan dekat sini harganya mahal sikit  berbanding di semenanjung. Wife abang makan nasi campur lauk ikan cencaru goreng dengan sosej sambal RM14. Kedai yang abang makan ni bagus sebab dorang dah pamerkan harga siap-siap dekat rak lauk, jadi pembeli boleh rujuk harga sebelum nak ambil.


Lepas makan kami teruskan perjalanan pulang ke hotel, kebetulan wife abang ternampak deret gerai jual durian dekat seberang jalan. Kami pun berhenti sebab nak try durian dekat Ranau ni. Di sebabkan dekat semenanjung kami tak dapat try durian lagi, jadi kami saja nak try makan di sini, dan kebetulan kat sini baru nak musim durian. Durian yang kami try ni D24 RM15 sekilo, dapat rasa sebiji pun jadi laa. Penjual ni cakap kalau betul-betul musim, harga durian boleh jadi 1 biji RM5 dekat Ranau ni.


Puas la wife abang merasa durian dekat Ranau.


Sebiji nie RM24. D24 katanya, ntah laa sama je rasa dengan durian lain.


Sampai dekat Pekan Kundasang hujan mcm biasa, jadi kami terus pulang ke hotel dan makan maggi je malam tu. Tunggu aktiviti esok pula.. Day ke4 klik sini → http://hishambuyong.blogspot.my/2017/12/percutian-ke-sabah-day-4-kinabalu-park.html


Comments

Popular posts from this blog

Bercuti Hat Yai, Krabi dan Phuket Naik Kereta Part 1

Kisah Tunku Jalil Ketika Berusia 18 Tahun

PERCUTIAN KE SABAH DAY 5 - JESSELTON POINT, PASAR FILIPINA, PANTAI TANJUNG ARU & DATARAN TODAK