PERCUTIAN KE SABAH DAY 2- DAIRY FARM KUNDASANG

Halloooo.. okay hari ke-2 abang dekat Kundasang masih hujan lagi. Pukul 7 pagi abang dan keluarga dah start pegi breakfast. Hilang arah tujuan sekejap sebab hujan macam tak nak berhenti sampai pukul 8.30 pagi, Abang pun apa lagi habiskan masa dekat dewan makan dulu, makan sampai kenyang sambil mengharap hujan berhenti. Syukur 9 pagi hujan reda, cuma renyai2 manja gitteww. Apa lagi jom teruskan percutian dengan abang...

Port baik punya dekat dewan makan hotel

Baby papa memang excited pagi-pagi


Sepanjang perjalanan nak ke Dairy Farm, abang singgah dekat Strawbery Farm. Tapi malangnya, penjaga kawasan tu cakap mase ni strawberi tak berbuah lagi. Maka abang pun dapat ambil gambar dekat kawasan situ jela.

kasi can laa wife abang nak posing dulu.

Sophea papa yang suka bawa briefcase dia kemana sahaja.

Sejuk sampai peluk kaki papa ye sayang.

Abang teruskan perjalanan ke Dairy Farm dan jarak hotel abang ke Dairy Farm dalam 4-5 kilometer sahaja. Dan Jarak hotel ke Pekan Kundasang 2.5 kilometer sahaja, dekat sangat dan mudah je jalan nya. Masa abang sampai dekat Dairy Farm tu, banyak kereta parking tepi jalan sebelum pintu masuk sebab nak ambil gambar. Abang pun apa lagi, join sekaki ambil gambar jugak tapi angin kuat yaa amat. Haaa bawah nie view dekat kawasan luar Dairy Farm tauu..



Time ni ada orang offer nak ambilkan gambar abang sekeluarga. 



Abang tetapkan tema jeans sebab abang nak nampak stylo hehe


Tiket masuk ke Dairy Farm dewasa RM5 seorang. Kanak-kanak bawah 2 tahun free. Kat dalam boleh ambil gambar sepuasnya. Abang beli susu segar, dan aiskrim yogurt memang best rasanya sebab makan pulak time sejuk-sejuk. Nah tengok gambar je, abang malas nak taip panjang-panjang..


Nikmat betul wife abang makan.


Baby papa lena tido walaupun ramai orang.


Bawa Sophea tgk anak lembu.



Nie tengok dekat kandang lembu free jer, kalau nak bagi makan kena bayar 50 sen tak silap abang utk 1 ikat rumput.



Okay settle 2 jam dekat dalam Dairy Farm, abang pun keluar dari situ nak ke Pekan Kundasang cari makan pulak. Abang tak ade tempat specific pun nak tuju so wife abang suruh round dulu tgk kot-kot ada kedai yang best baru berhenti. Kebetulan abang nampak ada orang ramai beratur panjang dekat satu kedai ni. So kami pun park kereta then terus ke tempat tu, yesssss abang nampak chicken wings. So abang dah tahu nak makan apa, dengan pantasnya wife abang terus order 10 ketul chicken wings dengan nasi ayam 1 set. Rupanya chicken wings ni femes dekat kundasang, namanya Chicken Wings Wak. Memang betul-betul sedap dan rempahnya betul-betul rasa sampai ke tulang. Rugi kalau korang yang datang tak try.



Selain chicken wings, ada jugak hati, pedal, bontot ayam tapi abang tak minat yg lain tu.


Abang ambil yang spicy, perghhh memang tak menyesal. Harga seketul abang tak ingat berapa.


Selesai isi perut abang terus ke hot spring konon-konon nak mandi tapi tak bawak baju mandi. Sophea dah melalak nak swim so abang terpaksa repeat esok semula bawak Sophea kesini. Memandangkan cuaca pun tak mengizinkan, pukul 4 petang terus hujan turun dan kami pun bercadang nak tapau makan malam terus dekat Pekan Kundasang sahaja. Keadaan hujan yang lebat membuatkan kami sukar untuk round lama-lama dekat Pekan Kundasang, jadi kami tapau KFC jer. Malam memang takde aktiviti so lepak-lepak dalam bilik sahaja sambil study perjalanan esok hari. Klik sini untuk next day →http://hishambuyong.blogspot.my/2017/12/percutian-ke-sabah-day-3-sabah-tea.html

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti Hat Yai, Krabi dan Phuket Naik Kereta Part 1

Kisah Tunku Jalil Ketika Berusia 18 Tahun

PERCUTIAN KE SABAH DAY 5 - JESSELTON POINT, PASAR FILIPINA, PANTAI TANJUNG ARU & DATARAN TODAK