PERCUTIAN KE SABAH DAY 1 - RUMAH TERBALIK TAMPARULI

Assalamualaikum to all reader yang sudi baca blog abang ni.
Dah berkepam cerita-cerita percutian abang sepanjang bulan oktober sampai sekarang baru rajin nak menulis semula semuanya.

This time abang and wife plan bercuti ke Sabah. So kami beli tiket AirAsia 5 bulan awal, almaklum la murah la sikit kan. Nak di pendek kan intro percutian kami kali ni lama sikit, 8 hari 7 malam. 17 October 2017 flight kami awal pagi pukul 7.35 pagi, jadi pukul 4 pagi lagi kami dah sampai di KLIA2. Around pukul 9 pagi mcm tu kami sampai dekat airport Kota Kinabalu.

Pukul 10 pagi kami janji dengan owner kereta di Sabah untuk ambil kereta, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami sewa kereta Saga BLM jer tapi harga teramat murah dan berbaloi. Disebabkan abang pakai student kad maka bertambah murahlah harga yang abang dapat, korang boleh contact Kereta Sewa Kota Kinabalu Kaizen Group +011-35055053. 

Jumlah keseluruhan abang sewa RM455 untuk 7 hari. (sehari RM65 untuk yang ada student card) 



Perjalanan kami terus ke  Mile 36 Lodge Di kundasang sebagai tempat penginapan kami selama 3 malam di sana. Sebelum naik ke Kundasang tu, abang sarankan beli siap-siap kudap-kudapan atau bekalan di pam minyak atau pasar raya yang korang jumpa sebab nak naik kundasang nanti korang susah nak jumpa kedai runcit.

Jalan nak ke Kundasang tu akan lalu Rumah Terbalik Tamparuli, so dah alang lalu tu abang singgah dulu. Tiket masuk ke Rumah Terbalik untuk dewasa RM12.70 seorang. Budak 2 tahun ke bawah free jer. Hanya boleh ambil gambar di kawasan luar rumah terbalik sahaja, dalam rumah terbalik pengunjung TIDAK DIBENARKAN ambil gambar okay. So ini la antaranya gambar di sekitar luar rumah..

Sorry papa & ibu, Sophea tak sampai

Ibu dan Sophea



Seketul Sophea papa di hujung gambar ibu.



Selesai ambil gambar dekat rumah terbalik tu, abang sekeluarga pun teruskan perjalanan ke Kundasang. Sepanjang perjalanan tu hujan dan berkabus, maka kena memandu lebih berhati-hati sebab lori-lori besar dan kereta 4x drive laju sebab dorang dah biasa dengan keadaan cuaca dan jalan kat sini. Sempat juga abang berhenti dekat Pekan Nabalu sebab terlalu mengantuk, tapi tak ada apa pun dekat situ.

Around pukul 3 petang lebih kami sampai dekat Mile 36 Lodge. Fuhhh sejuk wehh, kalah dekat Cameron. Dengan hujan tak berhenti bertambah sejuk lagi. Nasib baik bilik kami dekat dengan parking , jadi mudah la nak mengangkut barang. Oh ye, hotel ni abang booking dekat agoda je sebulan sebelum tarikh cuti. Satu malam RM80 lebih termasuk breakfast 2 person. Setakat ni, rata-rata pengunjung yang abang borak-borak pun cakap dorang pilih hotel ni sebab ada breakfast. Honestly, pagi-pagi nak cari breakfast dekat Kundasang ni susah dan cuaca pagi-pagi pun hujan maka sebaiknya ambil hotel yang dah siapkan breakfast.

Hotel ni betul-betul dekat tepi jalan besar.

Walaupun baru pukul 4 petang lebih tapi di sebabkan hujan tak berhenti, maka abang sekeluarga berehat je dekat hotel sampai malam. Waktu di sini 1 jam awal dengan waktu di semenanjung, jadi pukul 7 petang kami makan bekalan yang kami bawa je. 

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti Hat Yai, Krabi dan Phuket Naik Kereta Part 1

Kisah Tunku Jalil Ketika Berusia 18 Tahun

PERCUTIAN KE SABAH DAY 5 - JESSELTON POINT, PASAR FILIPINA, PANTAI TANJUNG ARU & DATARAN TODAK