Cara-cara buat passport untuk baby

Salam semua abg hisham nk sharekan macam mana buat buat passport utk my baby sophea ni.




Dah alang2 buat passport sophea , bapak & mak dia renew la passport. Dapat cepat cket sbab Baby dapat masuk priority lane, lagi cepat dari dewasa.  SYUKUR  

DATUK SERI NAJIB MEMAHAMI KAMI. TADAH TANGAN


Kami buat di pejabat imigresen jalan duta. 


Waktu Operasi Jabatan Imigresen Jalan Duta

Operasi di Jabatan Imigresen bermula dari 730 pagi hingga 530 petang
Siapa yang tkde masa Hari kerja, Sabtu blh buat jugak. Thanks DATO SERI NAJIB

Pengambilan no giliran

Kami sampai pukul 1petang tk buka lagi la makan2 dulu lepas makan naik dah tengok orang beratur. kami pun beratur la. jangan duduk ye.Pintu masuk tingkat bawah adalah pejabat pendaftaran perkahwinan. Di depan sedikit ada escalator naik menuju ke tingkat satu. Untuk pembaharuan passport ianya adalah di Bilik B. Lihat sahaja panjang ke tak untuk beratur 
Kena cepat2 beratur sebelum buka


Apa yang anda perlu lakukan jika nak buat Passport anak bawah 12 tahun
  1. Sediakan cash. RM100.00 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun untuk tempoh 5 tahun. SURAT BERANAK ANAK KAU ORIGINAL MESTI BAWAK, MY KID DIA. Pakai kan baby baju gelap
  2. Photostat 1 salinan surat beranak anak anda, 1 salinan MyKid dan 1 salinan IC Ibu/Bapa/Penjaga
  3. Let say if korang tak bawak, korang kena pergi JPN. So korang boleh buat salinan baru Surat Beranak and bayar RM5.00 cuma nak beratur agak lama la (ELAKKAN BAPAK MAK SEKALIAN)
  4. Dah ada semua tu, sila proceed ke counter and baru ambik number di kaunter 11
  5. Sementara nak kena panggil untuk ambik gambar, boleh ukur ketinggian anak anda
  6. Ambik gambar and amek cop jari anak anda selepas dipanggil untuk proceed next step. Maksure semua maklumat betul (SKIP YANG UTK CAP JARI, AMBIK GAMBAR SAHAJA UTK BABY)
  7. Buat payment and boleh collect Passport selepas 1 jam. Makesure masa nak collect, bawak sekali pemohon. Ok? Kalau tak tak boleh ler nak ambik sebab kena cop jari pulak dekat passport

Selepas dah buka pintu

Kami terus berlari dengan bawak si sophea ambik number giliran di kaunter 11.Cakap nk buat passport baby n renew passport. Dalam 1 jam number dah kena panggil. Cepat sebab special.hehe

Tunggu dengan SABAR

Kaunter khas
Dekat kaunter khas tu pun boleh renew passport mak bapak. so tak perlu pergi kaunter2 lain dah. yahoo.

Training sebelum ambik gambar
punye la payah nk suruh sophea pandang kamera. Menangis papa dukung awk satu tangan. Tak pakai baju hitam diorang ada sediakan sarung baju ala2 sarung nangka tu
Dan akhirnye. Berjaya. Comel anak papa. tergelak papa tengok.*Ketiak berpeluh.

Selepas tu buat bayaran dan tunggu la kau 1 jam. MEREPUT LA kejap kan. makan2 selesai dah. kejap je 1 jam tu sbab ada sophea kan. layan2 dia dah 1 jam.


SELESAI

Comments

  1. thanks for the info... risau juga nak tunggu lama dengan anak... rupa-rupanya ada express lane

    ReplyDelete
  2. Salam Encik Hisham, perlu tak sediakan 2 keping gambar pasport baby? Kalau tak perlu alhamdulillah. Mudah la kalau amek gambar kat sana terus.

    Thanx for the info anyway

    ReplyDelete
  3. Okay ank encik comel. terima kasih tulis entry ni. nebes pegi sengsorang bawak anak yng dah bijak macam2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti Hat Yai, Krabi dan Phuket Naik Kereta Part 1

Kisah Tunku Jalil Ketika Berusia 18 Tahun

PERCUTIAN KE SABAH DAY 5 - JESSELTON POINT, PASAR FILIPINA, PANTAI TANJUNG ARU & DATARAN TODAK