Tomok Bersyukur, Isteri Kini Sudah Berhijab?



Penyanyi dan pelakon, Tomok telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan isterinya Rahayu Abas tampil berhijab.

Rahayu atau lebih mesra dengan panggilah Ayu kelihatan begitu cantik mengenakan hijab berwarna hitam dan foto itu dimuat naik oleh Tomok pada Isnin.

Dengan kapsyen yang ringkas yang ditulis itu  jelas menunjukkan bahawa Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail bersyukur dengan penghijrahan yang dilakukan oleh isterinya.

“Terima kasih YA ALLAH.. Alhamdulillah…” tulisnya pendek.

Foto itu ternyata memngundang reaksi positif di mana rata-rata komen yang diberikan oleh peminat setianya memuji kecantikan dan penampilan baru isterinya.

Malah di ruangan komen juga ada peminat yang menyatakan bahawa mereka telah terserempak dengan keluarga Tomok dan memberitahu bahawa ibu kepada Arrian dan Andra itu sememangnya berhijab dan lebih manis bertudung.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti Hat Yai, Krabi dan Phuket Naik Kereta Part 1

Kisah Tunku Jalil Ketika Berusia 18 Tahun

Safiey Ilias BERUBAH MENJADI PONDAN KEMBALI??