Tak Serik, Tasha Shila Tampil Berpakaian Seksi Lagi
Aktres Tasha Shila nampaknya tidak serik dilanda kontroversi apabila kali ini dia sekali lagi tampil berpakaian seksi menerusi foto yang telah dimuatnaik di laman Instagram miliknya.
Beberapa blog hiburan antaranya seperti RotiKaya hari ini melaporkan, Tasha sekali lagi berani tampil dengan pakaian yang cukup menjolok mata ketika menghadiri perasmian sebuah sebuah majalah fesyen dari Perancis, di ibu kota malam tadi.
Menerusi foto tersebut, Tasha dilihat tampil dengan pakaian yang menampakan sebahagian besar perut dan pusatnya sementara bahagian belakang badannya terdedah habis.
Foto-foto penampilan seksinya itu telah dimuatnaik di Instagram sebelum dipadam semuanya, mungkin kerana maklum balas dan komen-komen pengikutnya di laman sosial itu.
Malah ada juga yang memohon supaya aktres tersebut bertaubat dan tidak kurang juga yang mencemuhnya kerana berani berpakaian sebegitu selain menasihatinya agar tidak melampaui batas sebagai seorang yang beragama Islam.
Tasha baru-baru ini turut dilanda kontroversi apabila dia didakwa mengupah orang untuk memukul bekas kekasihnya, Hans.
Comments
Post a Comment