Review Terbaik Dari cerita Polis Evo. Wajib Tengok!
Polis Evo
Perhhh dari Trailer pown dah mmg terbaik enn.
okay nak cerita la sket ye pasal polis evo ni. jangan risau abg tk dedahkan semua story la dalam entry ni. kang korang tak tengok pulak kn.
okay nak cerita la sket ye pasal polis evo ni. jangan risau abg tk dedahkan semua story la dalam entry ni. kang korang tak tengok pulak kn.
Sinopsis
Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu.
Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal.
Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?
Review Ikhlas dari Jantung/Hati
Okey, filem ini memang setaraf filem Hollywood, sangat mendebarkan jalan ceritanya. Abang sendiri berdebar-debar sehingga hampir jantung hilang berdegup. Fuhhh…
Dua watak utama (Zizan Razak & Shaheizy Sam) memang masuk dalam fikiran abang. Sangat mendalami jalan ceritanya, tak habis mendebar-debar jantung abang.
Tidak lupa juga, sedekahkan Al-Fatihah kepada Harun Salim Bachik.
Oh ya, sebenarnya filem negara kita kekurangan cerita penyiasatan dan kepolisan, setahu abang ingat lepas filem Gerak Khas The Movie.
Apapun, abang bagi 5 bintang untuk filem ini.
Kalau anda jiwa polis atau suka dengan Zizan Razak dan Shaheizy Sam, abang menggalakkan menonton filem ini.
Favorite Character
Amerul Affendi sebagai May Yam
Paling kelakar. Selalu tengok mamat ni berlakon serius je. muka kena ketat but this time berubah. mmg abang suka pondan!! eh silap lakonan pondan dia.hehe
Pe2 pown korang patut tengok. bye semua.laga2 pipi sampai berapi.
Comments
Post a Comment