Salam semua okay abang hendak kongsikan pengalaman percutian abang ke 3 daerah thailand ni, Hat Yai , Krabi dan Phuket. Total KM dari rawang tempat kami bertolak dalam 2000KM mcm tu. Mampos kan. Tapi abang ipar yang drive. Dia padu drive lama-lama steady je.
Antara-antara gambar sebelum berangkat
|
Ambik Gambar dulu sebelum berangkat, Bini tunjuk GOOD dia suka lettew |
|
Sophea di Gomol dengan tidak rela nye |
|
Terus pergi ke ibu nye |
Okay Posting ni hendak cerita pasal
Hat Yai dan Cara2 bawak kereta la dulu.
Bawak kereta ke thailand bukan la perkara yang mudah. Perlu diingatkan bahawa jaga gaya pemanduan korang, hormat dan beri laluan pada mereka. Silap-silap korang kurang ajar ditembak nye. Datang negara orang respect sedikit baru la nama malaysia harum.
Checklist before pass border:
- Passport
- Geran asal kereta
- Jika salinan dapatkan pengesahan dari balai polis berdekatan.
- Insurance Basic.
ISI MINYAK PENUH2 KAT THAILAND MINYAK MAHAL GILA.
Sebelum pergi tu WAJIB beli insuran kereta. Kami beli di Caltex Gurun before sampai border. RM 9 untuk 7 hari tak silap. Insuran kereta bertindak melindungi kereta thailand sahaja. Jika berlaku kemalangan insuran malaysia or insuran yang kita beli tak cover sebaliknya dia cover orang thailnad punya kereta. So kita tak perlu la bayar kat dia jika korang cium2 bontot kereta diorang.
Korang kena tahu, yang Insurans basic ni adalah peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Thai bagi kereta asing yang nak memandu di sana. Insurans basic ni hanya cover kos perubatan mangsa yang kita langgar dan tidak cover harta benda mangsa seperti kenderaan apatah lagi kenderaan kita. Dan syarikat insurans Malaysia tak cover kenderaan Malaysia di Thai.Serious bunyinya kan.
Bila dah lepas Imigresen Malaysia, teruskan saja perjalanan menuju ke Imigeresen Thailand. Disini korang kena parking kenderaan(jalan jauh sedikit) dan bawa turun passport atau border pass (boleh dapat kat office diorang free jepastu isi) untuk di cop oleh pihak Imigresen Thailand. Jangan lupa bawa Geran asal dan surat pengesahan membawa masuk kereta.
|
Tak ramai sangat, Kena beratur nk cop border pass (ketik kami berpeluh) |
|
sini la office dia ambik border pass tu (anjing nk bergambar) |
Korang ingat tau. Korang pergi dapatkan cop pelepasan masuk ke Thailand di passport dulu dan baru dapatkan surat pengesahan membawa masuk kenderaan.
Jadi korang silalah pergi beratur di tempat yang ramai orang beratur. Mana- mana kaunter yang beratur panjang tu, situlah korang beratur dan dapatkan cop di passport. Jangan lupa selitkan Rm1. Kira macam bayar toll la. Kat malaysia masuk2 dah kena toll kan. Diorang buat la cara gitewww.
Korang beratur la plak di kaunter declare kenderaan berhadapan dengan kaunter cop passport. Bawa sekali salinan geran, surat kebenaran bagi bukan pemilik kenderaan dan surat insurans yang telah dibeli.
Nanti dorang akan taip satu surat kebenaran membawa masuk kenderaan.Satu borang akan diberikan kepada pemandu yang mana beliau akan menandatangani borang ini. Satu salinan akan diambil oleh pegawai kastam dan satu lagi akan diserahkan kepada pemandu dan ia perlu disimpan untuk diserahkan kembali ketika keluar dari Thailand.
Maka selesai sudah urusan di pejabat kastam, dan kini bolehlah korang membawa masuk kenderaan. Insha Allah jika dipermudahkan, senang je. Ingat yer borang kemasukan kenderaan perlu disimpan dan ditunjuk kita ada pihak berkuasa Thailand memintanya untuk diperiksa. Pastikan ia diserah kembali ketika hendak keluar ke Thailand sebelum masuk ke Malaysia di pejabat kastam Thailand selepas urusan imigresen Thailand. Kegagalan untuk menyerahkan kembali borang ini (perlu ditandatangani di satu ruangan lagi, ini juga wajib), maka denda akan dikenakan ketika anda membawa masuk kembali kenderaan terbabit ke Thailand dengan kadar ฿1000 (+- RM100) setiap hari!!!Jadi jangan lupa tau
Memandangkan kami seminggu kat thailand kami beli la sim card, beli dekat 7 eleven after border. Unlimited internet kau, 200 baht je. kami beli 2 sahaja. Hotspot sudah. Beli AIS punye Green packet.
Senang la bergerak kan pakai waze sahaja, upload gambar pun laju kowt. blh refer kat insta abg @hisham.buyong ye. Follow la tau.
Terus kan perjalan kami ke konghae floating market. Macam mana nk pergi cni??korang waze je la.
Konghae floating market
Operation hours 3pm - 10.30pm
Datang awal if nk tempat duduk
|
Gigih bergambar walaupown daki penuh |
|
Budak2 U datang kacau sophea, baik2 orang thailand(Tolong buat survey) |
Antara makanan yang kami sempat telan, walaupown perut dah penuhhh
|
Wajib beli, percuma benda ni.bawak balik (35baht kowt) |
Mostly makanan kat sini jual antara 10baht - 50 baht macam tu. Makanan dia harus la pedas2 dik. berpeluh sakan la korang makan. pe2 pown best gileww makan kat sini. Wajib datang.
Okay kami check in kat Winstar Hotel ( 750 baht semalam) Better check kat trivago dan blah2 dulu. JANGAN WALK IN. mampos mahal.
|
ada sediakan parking kereta |
Overall Hotel Winstar
1-Wifi ada tapi slow
2- bilik biasa2 sahaja
3- air masak boleh ambik kat bawah, air masak botol kaca boleh minum, yang dalam plastik jgn minum(50 baht) kena bayar.
4- Service okay2 la.
Malam Hari
ASEAN NIGHT BAZAAR
Kami pergi Ke ASEAN NIGHT BAZAAR.
Operation hours 3pm -10.30pm
Kami pergi sini naik tut tut je la. Satu kepala 20 baht. murah la tu. Pasar dia bersih. Tandas okay tk perlu bayar tapi bersih. Makanan tingkat atas. Macam uptown la tapi lebih teratur.
|
Ambik gambar sepam, Ada pulak orang lain sibuk |
|
Please cameran again. Our romantic picture |
|
Nak jalan lagi ke?? |
|
Antara barang yang dijual. Enough time to eat |
|
Ini win. Bapak kuat. |
|
Antara makanan yang sempat snap. Lain arwah dah. |
|
anak abang kuat la dia tido if jalan2. Pelik ngn dia. |
Overall Asean Night Bazaar
1- Makanan halal senang, banyak
2- Pergi nak dekat tutup bawak baby dapat makanan free. Taktik bapak jimat
3- Air murah 25 baht fresh fruit di blend nye. paduuuu
Hari Ke -2 Haytai
Sarapan
Hajat hendak jalan-jalan kat pasar pagi dia nak cari makanan halal. Tk jumpa dowh. Buah2 banyak sayur ikan la. So cuci2 mata la dulu pagi tu sebelum sarapan, Kami naik kereta ke pasar ni. Pasar apa tu ntah la. korang jalan2 sendiri. Dekat dengan hotel
|
Hujan pulak. Sophea tido lagi.ZZZZ |
|
Abang dengan sophea |
|
Ada jual buah2 banyak. Fresh2 |
|
Posing dulu |
Setelah Berjalan dan sesat jumpa la kedai halal. Syukur. Tadah tangan
|
Salma restoran |
|
Mereka sudah lapar |
|
100 baht nasi lemak |
|
Nasi kerabu (80 baht) dan roti canai(30 baht) |
Overall Sarapan Kat Salma
1- Roti canai frozen, ye la takde sape nk canai kowt. (30 baht) mahall
2- Yang lain okay2 la.Baby chair ada tapi tak sesuai untuk sophea.Terpaksa abang dukung dia.
Sekian tamat. Next perjalanan ke Krabi la pulak kita.
|
Bye2 |
Comments
Post a Comment