Stacy mengakui yang dia sudah memeluk agama Islam semalam
Menerusi satu sidang media khas yang baru sahaja berlangsung di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil sebentar tadi, penyanyi Stacy telah mengesahkan berita bahawa beliau kini sudah memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam.
Pada masa yang sama, Stacy meminta agar peminat di luar sana menerima dapat menerima keputusan beliau dengan hati yang terbuka dan mendoakan beliau.
Alhamdullilah, kita sudah menerima seorang saudara baharu dalam Islam dan nampaknya Akim sudah berjaya untuk mendekatkan Stacy kepada Islam, doakan yang terbaik buat beliau agar dapat menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
sumber HLive
Comments
Post a Comment