Posts

Cara-cara buat passport untuk baby

Image
Salam semua abg hisham nk sharekan macam mana buat buat passport utk my baby sophea ni. Dah alang2 buat passport sophea , bapak & mak dia renew la passport. Dapat cepat cket sbab  Baby dapat masuk priority lane, lagi cepat dari dewasa .  SYUKUR   DATUK SERI NAJIB  MEMAHAMI KAMI. TADAH TANGAN Kami buat di pejabat imigresen jalan duta.  Waktu Operasi Jabatan Imigresen Jalan Duta Operasi di Jabatan Imigresen bermula dari 730 pagi hingga 530 petang Siapa yang tkde masa Hari kerja, Sabtu blh buat jugak. Thanks DATO SERI NAJIB Pengambilan no giliran Kami sampai pukul 1petang tk buka lagi la makan2 dulu lepas makan naik dah tengok orang beratur. kami pun beratur la. jangan duduk ye.Pintu masuk tingkat bawah adalah pejabat pendaftaran perkahwinan. Di depan sedikit ada escalator naik menuju ke tingkat satu. Untuk pembaharuan passport ianya adalah di Bilik B. Lihat sahaja panjang ke tak untuk beratur  Kena cepat2 beratur se...

Safiey Ilias BERUBAH MENJADI PONDAN KEMBALI??

Image
Kite sedia maklum bahawa safiey llias pengasas perlaking telah berhijrah menjadi lelaki sejati setelah bertahun2 menjadi pondan. Tapi kte di gemparkan dengan kenyataan beliau mengenai "hijrah" kembali pada pondan. YE BETUL SAFIEY TELAH BERUBAH KEMBALI.  APA SEBAB DIA BERUBAH KITE TIDAK TAHU, DIA SAHAJA YG TAHU. KENYATAAN DARI FB BELIAU: Assalammualaikum semua . Sebelum tu saya nk mintak maaf andai posting ni panjang lebar . Cuma ini luahan saya . . Saya sebenarnya dah terlampau penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah . Sebab apa jua yg saya buat masih ada org tetap tak puas hati dan mempertikai . Saya jadi pondan org hina , saya jadi lelaki pun org hina dan org pertikai . Ada yg kata saya tunggang agama , ada yg kata saya gunakan agama untuk bisnes dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari . 1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tp kalau beratus kali ia beri efek pada mental dan emosi saya . Saya dh jadi...

Isteri kedua Adi Putra Ditangkap

Image
Isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly didakwa antara 15 kakitangan Imigresen yang ditahan pada petang Selasa di Putrajaya. Sumber Astro Gempak memberitahu isteri pelakon tersebut ditahan kira-kira jam 4.30 petang Selasa di pejabatnya dalam operasi khas. Sementara itu menerusi laporan akhbar Berita Harian, penangkapan tersebut dilakukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berkaitan sindiket penyeludupan warga asing. Menurut laporan tersebut lagi, kumpulan pegawai imigresen tersebut menjadi pemudah cara untuk menguruskan dokumen kemasukan warga asing ke Malaysia. Malah siasatan awal mendapati, seorang suspek wanita disyaki bekerjasama dengan penyeludupan manusia masuk utama negara dengan bantuan beberapa pegawai lain. Wanita tersebut juga dipercayai antara pegawai yang berurusan terus dengan ejen sindiket dan memperoleh keuntungan yang tinggi menerusi aktiviti tersebut. Sumber Astro Awani dan Astro Gempak

Kakak Luah Rasa Sedih Arwah Adiknya Maut Dilanggar ETS Dicerca Netizen

Image
Jitra: Kakak kepada remaja yang maut akibat dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Megat Dewa dekat sini dua hari lalu menyatakan sedih dengan tanggapan orang ramai di media sosial yang menuduh adiknya membunuh diri, sakit mental dan mempunyai masalah sosial, lapor  Bernama . Menurut Hajar Yaziz, 27, sebagai seorang kakak yang paling rapat dengan adiknya, Mohd Afendy, 20, dia lebih mengenali adiknya itu di mana beliau merupakan seorang yang taat kepada agama dan tidak pernah melawan atau meninggikan suara kepada ahli keluarga, “Sedih melihat komen netizen di Facebook cakap adik saya macam-macam sedangkan kami tahu dia macam mana. “Dia kerap melawat saya di Sungai Petani, malah menjaga saya ketika dalam pantang. Dia tidak keluar malam, suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga ," katanya ditemui di rumah ibunya di Megat Dewa, Kodiang. Menurut beliau, selepas tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, adiknya melanjutkan pelajaran di sebu...

Wanita Cerita Saat Cemas, Bergelut Dengan Lelaki Cuba Rogolnya Di Dalam Tandas Stesen Minyak

Image
Sejak semalam menjadi viral di laman Facebook di mana seorang wanita bernama  Dhiya Srikandi Qalbu  telah memuatnaik 'screenshot' video yang mendakwa adiknya hampir menjadi mengsa rogol di dalam sebuah tandas stesen minyak. Berdasarkan pemerhatian, dalam 'screenshot'  berkenaan menunjukkan seorang wanita yang terjatuh dan seperti cuba melarikan diri. Menurut Dhiya, tujuan dia memuatnaik status berkenaan adalah untuk memberi peringatakan kepada mereka diluar sana agar lebih berhati-hati. Berikutan pos berkenaan, mangsa telah tampil menceritakan detik cemasnya yang hampir menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang berkenaan.

Rakan Artis 'Berkumpul Mengamuk' di Instagram Hafidz Roshdi

Image
3 Mei  - Rakan-rakan artis hari ini 'berkumpul' di instagram Hafidz Roshdi, yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, dengan komen menyelar tindakan pelayar Instagram yang dilihat mengeluarkan komen tidak 'enak' kepada pasangan pengantin itu. Di gambar terbaharu yang dimuat naik oleh Hafidz, dilihat beberapa selebriti seperti Michael Ang, Emma Maembong, Kamal Adli, Saharul Ridzwan mengkritik pelayar Instagram yang dilihat mengeluarkan komen yang tidak sopan di ruangan komen. Tindakan artis-artis itu mendapat pujian dari orang ramai yang juga turut mengkritik tindakan pelayar terbabit yang disifatkan melampau. Apa pun, kami ucapkan selamat pengantin baru buat Hafidz dan pasangan dan jangan endahkan komen-komen negatif yang dilemparkan. Berminat Untuk Sertai BUTIK VENDOR kami Instagram: (@scarf_station) boleh ws 017 632 9178

Gadis 22 Tahun Mati Disyaki Didera Keluarga

Image
Gadis berusia 22 tahun yang kematiannya disyaki ada usur penderaan menyebabkan polis menahan keluarganya hari ini. - Foto SHAMSUDIN HUSIN/ Harian Metro Chukai, 2 Mei:  Polis telah menahan empat sekeluarga kerana disyaki mendera seorang gadis berusia 22 tahun di Kampung Binjai yang juga dipercayai menjadi punca kematian gadis berkenaan. Harian Metro  melaporkan, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kesan gigitan pada badan selain dari mata mangsa lebam. Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, ahli keluarga yang ditahan adalah bapa gadis terbabit yang berusia 49 tahun, ibu tiri, 35, adik perempuan, 21 dan adik lelaki mangsa 14. Menurut beliau lagi, pada awalnya bapa mangsa membuat laporan kematian anaknya akibat sakit biasa. " Selepas menerima laporan dibuat bapa mangsa mengenai kematian anaknya akibat sakit biasa pada 26 April lalu, polis ke rumah bapa mangsa di Kampung Binjai dan hasil pemeriksaan polis mendapati ada unsur pe...