Kakak Luah Rasa Sedih Arwah Adiknya Maut Dilanggar ETS Dicerca Netizen
![Image](https://2.bp.blogspot.com/-Xim4P_-MNFw/VzqRwcbrMHI/AAAAAAAAfWE/MJoNxMkkDkAlbKhaMbyg7adw5VHMRARJQCLcB/s640/1.jpg)
Jitra: Kakak kepada remaja yang maut akibat dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Megat Dewa dekat sini dua hari lalu menyatakan sedih dengan tanggapan orang ramai di media sosial yang menuduh adiknya membunuh diri, sakit mental dan mempunyai masalah sosial, lapor Bernama . Menurut Hajar Yaziz, 27, sebagai seorang kakak yang paling rapat dengan adiknya, Mohd Afendy, 20, dia lebih mengenali adiknya itu di mana beliau merupakan seorang yang taat kepada agama dan tidak pernah melawan atau meninggikan suara kepada ahli keluarga, “Sedih melihat komen netizen di Facebook cakap adik saya macam-macam sedangkan kami tahu dia macam mana. “Dia kerap melawat saya di Sungai Petani, malah menjaga saya ketika dalam pantang. Dia tidak keluar malam, suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga ," katanya ditemui di rumah ibunya di Megat Dewa, Kodiang. Menurut beliau, selepas tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa, adiknya melanjutkan pelajaran di sebu...