Tidak Tahan Jadi Mangsa Fitnah, Ister Ezany Nizariff Dedah Kisah Sebenar
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwAxrJMOZWPhZSna7cKdL97-0VcuFU9KtP5QUircNTrTXeJl_kSeVtwr918w3bg7AlNi9cm12tzhJXxPT58ZSqxWIlc0PerZZ8L1NquO3VoNt1QbgD8xuMgLChhouFzhhVgZe_ppLha5q8/s1600/Dakwa-Difitnah-Isteri-Dedah-Sikap-Sebenar-Ezany-Nizariff-ROTIKAYA-700x450.jpg)
Jika sebelum ini Ezany Nizariff menceritakan pahit getir perjuangannya menyelamatkan rumah tangga malah turut mendakwa bahawa isterinya itu curang, kini isteri pelakon tersebut, Lizda Nuryanti Abidin mendedahkan perkara dan perangai sebenar Ezany melalui mStar Online . Menurut isteri Ezany, semuanya sudah bermula pada malam pertama selepas majlis bersanding apabila dia terbaca mesej yang kurang enak untuk didedahkan kepada umum namun tidak terlalu ambil pusing terhadap perkara tersebut. “Masa nak kahwin dia tak ada duit. Tapi dia gunakan dulu duit saya RM30,000. Dia hanya bayar mas kahwin. Dia kata nak bayar balik tapi sampai sekarang tak bayar. Anak-anak pun tidak dipedulikannya. Semua hal anak-anak saya yang uruskan. Yang lain, semua duit saya. Fikirkanlah sendiri,” jelas isterinya itu. Malah melalui perniagaan belacan juga, Lizda mendakwa Ezany sudah mula menunjukkan rasa tidak jujur apabila tidak menunaikan janji sebagaimana persetujuan yang...