Pak Yus Dalam Kenangan 8 Kisah Hidup Yus Jambu Yang Tak Diketahui Ramai
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-TRQsuzflajYoTzz8BOtCd3t3yd1jb3JVV9YlLDUtCAWi_O_d3_eRKLPdNxApe2vMCsXPtoXxEzVSe5dhhfwamsf0oXfKvRBhfBfTu4DVuIVrOy8hzf0wop1InL0T9JttAGHzIo20Y-GB/s1600/pak+yus.jpg)
Lewat malam semalam berita pemergian Yus Jambu atau lebih dikenali sebagai Pak Yus mula tersebar di laman sosial. Bagaikan tidak percaya namun itulah hakikatnya, allahyarham telah pun meninggal dunia dipercayai kerana sesak nafas. Pastinya Pak Yus akan sentiasa diingati dan dirindui keletahnya yang tidak jemu menghiburkan orang ramai. Berikut beberapa momen dan lawak dari beliau yang sehingga hari ini masih segar di ingatan Sinaran Pasport Kegemilangan Sekitar tahun 2001 Yus Jambu pernah mencuba nasib dalam pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan yang sebelum ini pernah melahirkan pelawak-pelawak terkenal seperti Senario dan ramai lagi. Malangnya dia tidak berjaya dalam pertandingan tersebut. Juara Raja Lawak 1 Kalahkan Zizan & Johan Tidak berputus asa, Pak Yus sekali lagi mencuba nasib dalam pertandingan Raja Lawak Astro yang buat pertama kalinya diadakan. Bersaing dengan Johan dan Zizan, Pak Yus ternyata punyai bakat tersendiri dan berjaya...