PERCUTIAN KE SABAH DAY 6 - JAMILAH JEWELLERY & CENTRE POINT KK
Masuk hari ke-6 nie aktiviti dah makin kurang sebab dekat KK nie bagi abang tak bnyk tempat menarik. Ingat nak bawa anak tengok penyu dekat Marine Museum tapi sampai sane tengok closed sbb tengah renovation. Jadinya wife abang ajak shopping dekat Jamilah Jewellery , 200 meter jee dari hotel abang duduk tu. Dekat Jamilah Jewellery tu kalau orang perempuan datang memang rambang mata di buatnya, ada brooch, butang baju melayu, gelang mutiara, rantai dan mcm-mcm lagi laa yang berunsurkan mutiara sabah. Harga berbeza mengikut kualiti , korang boleh minta less kalau beli bnyk. Abang tak reti sangat bab-bab nie, wife abang laa yg expert bab minta kurang. hehe Bila dah tengahari perut pun jadi lapar, kami masuk dalam Centre Point KK cari makan. Ya ampunnn, rupanya foodcourt dekat sini femess dengan nasi ayam nya. Tapi dekat foodcourt nie, ade satu kedai makan mamak. Abang tertarik nak makan dekat kedai mamak nie sebab ade satu menu agak rare yang abang nak try, abang try Roti Canai Cobra dia...